- ILMU - Dibazirkan dengan tidak mengamalkannya.
- AmALAN - Dibazirkan dengan tidak melakukannya dengan ikhlas
- HARTA - Dibazirkan dengan tidak membelanjakan ke jalan Allah.
- HATI - Dibazirkan dengan tidak mengisi hati dengan cinta kepada Allah dan Rasulullah.
- CINTA - Dibazirkan dengan mengisi cinta selain cinta kepada Allah.
- MASA - Dibazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
- ZIKIR - Dibazirkan apabila zikir tidak berkesan pada hati.
- TUBUH BADAN - Dibazirkan dengan menggerakkan anggota badan bukan untuk ibadah.
- KEPINTARAN - Dibazirkan dengan tidak berfikir tentang keajaiban makhluk ciptaan-Nya.
- KESIHATAN - Dibazirkan dengan tidak mensyukuri nikmat sihat sebelum sakit.
Jumaat, 13 September 2013
10 PERKARA YANG SERING DIBAZIRKAN
10 Perkara yang Sering Dibazirkan
JADILAH SEPERTI POKOK KELAPA
Seringkali apabila kita mengikuti kem motivasi, tak kira di sekolah,universiti atau sebagainya. kita sering ditanya " Apa yang kita mahu jadi? Pilih objek di sekeliling anda?? emmm..macam2 la jawapan yang kedengaran..nak jadi macam lampu sebab boleh menerangi waktu gelap, tapi waktu siang?? saya nak jadi seperti kacamata..boleh memimpin orang untuk melihat sesuatu tapi bagaimana?? tak semua menggunakannya.
Bagi saya, saya mahu menjadi seperti pokok kelapa, yang sentiasa dapat berkhidmat dan memberi manfaat kepada orang lain. Semua bahagian pokok kelapa dapat memberi matlamat kepada kita, batangnya boleh dijadikan titi,daunnya
dianyam untuk membuat tikar,lidinya digunakan sebagai penyapu,buah dan
isinya sbgai makanan,airnya sebagai penawar penyakit dan penghilang
dahaga dan pokok itu sendiri sebagai benteng penghalang angin y kuat di
tepi pantai…
Kita juga seharusnya jadi seperti pokok kelapa,sentiasa berguna untuk orang lain..biarlah setiap inci tubuh badan kita ni dpt memberi manfaat kpd orang lain dan yang paling penting,dpt menyumbangkan sesuatu untuk agama y kita anuti,islam…xkiralah dari segi fizikal,mental mahupun rohani…biarlah setiap anggota badan kita ni spt tangan,mulut,kaki,mata dan aggota lain,kita gunakan untuk mmbntu orang lain dan islam…walaupun kita tidak mampu untuk memberi sumbangan seperti sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W yang sanggup bekorban harta,tenaga,nyawa dan sebagainya semata-mata untuk menegakkan islam,buatlah sekadar yang mampu kita lakukan..
kita ambil iktibar kisah Nabi Ibrahim dengan seekor
burung kecil :: SEEKOR burung kecil terbang, mengisi air dalam paruhnya,
lalu menyiram ke atas api yang membakar . Perbuatan itu diperhatikan
oleh makhluk Allah yang lain lalu mereka menegur burung itu . Bagi
mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil,
lalu menyiram ke atas unggun api yang besar itu, hanyalah perbuatan
sia-sia, kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak
menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu .
TETAPI burung itu menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak
akan memadamkan api tersebut, tetapi AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH,
KERANA ALLAH AKAN MENYOAL AKU NANTI , apakah yang aku lakukan untuk
agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan
api itu ataupun tidak”
Demikianlah juga dengan kita, walaupun dengan usaha yang kecil, sekurang-kurangnya kita dapat memberi manfaat kepada orang lain.
sekian..moga-moga Allah memberi kebaikan kepada kita semua diatas sumbangan kita di atas jalan Allah wa;aupun sebesar zarah.
Ahad, 12 Mei 2013
TERIMA KASIH POSMEN...
TERIMA KASIH POSMEN....pelik bukan jika posmen yang menghantar surat atau barang yang memang kita idam-idamkan sekian lama contohnya surat tawaran mendapat kerja. Kita pun mengucapkan terima kasih berkali-kali kepada posmen tersebut kerana membawakan surat tersebut. kita memujinya dengan kata-kata yang indah dan melakukan apa yang posmen itu suka. begitulah gambaran nya bahawa kita selalu mengucapkan rasa syukur kita kepada orang lain dahulu tetapi tidak kepada ALLAH .kita tidak patut hanya mengucapkan rasa bersyukur dan terima kasih itu kepada orang menjadi pengantara rezeki yang diberikan oleh ALLAH kepada kita. Tetapi kita patut menunjukkan rasa itu kepada pemiliknya yang telah memberikan kita kurniaan nikmat yang tidak terhitung.Tidak salah kita berterima kasih kepada pengantaranya tetapi jangan kita melupakan pemilik sebenarnya.
jadi marilah kita sama-sama sentiasa berterima kasih kepada ALLAH dengan menunjukkan rasa syukur kita dengan pemberiaannya itu.
CARA-CARA BERSYUKUR
- HATI - Sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmat
- LIDAH - Mengucap Alhamdulillah ketika mendapat nikmat
- TUBUH BADAN - Menggunakan nikmat untuk kebaikan
- Menggunakan nikmat dengan cara yang baik
- Menggunakan nikmat Allah dengan baik
- Mematuhi suruhan dan larangannya
- Mengadakan hubungan baik sesama manusia
- Memelihara dan memulihara alam dengan baik
- Menggunakan rezeki pd jln yg diredai
- Membelanjakan harta pd jalan Allah S.W.T
- Tidak merosakkan nikmat Allah S.W.T
- Menyayangi pemberian Allah.
- Patuh dan taat perintah Allah S.W.T
Rabu, 8 Mei 2013
TIP MENJAGA PANDANGAN
Ingatlah bahawa Allah maha melihat. Walaupun ketika sendirian di hadapan komputer atau ketika sedang membelek majalah sendirian
Mata akan menjadi saksi pada hari kahirat kelak
Malaikat sentiasa mencatat amal perbuatan tanpa tercicir walau sebesar atom amalan pun
Jauhi Tempat maksiat, kawan yang menyeru kearah kemungjaran dan situasi yang boleh mendorong kepada kejahatan
Menahan diri daripada memandang sesuatu yang menawan tetapi haram merupakan satu "pengorbanan". InsyaAllah, kelak Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Raulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya ,engkau tidak meninggalkan sesuatu kerana Allah kecuali Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik daripadanya bagi engkau." (Riwayat Ahmad)
Masih bujang? kalau masih bujang dan susah menjaga pandangan, maka penyelesaiannya berkahwin keran ia mampu membantu menundukkan pandangan
Ayat manzil sebagai pelindung diri
KELEBIHAN AYAT MANZIL
Ubai Ibn Kaab RA meriwayatkan :Sewaktu bersama Rasulullah SAW,seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkat,"Ya Rasulullah SAW ,saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit."Penyakit apa?"bertanya Rasulullah SAW "Sejenis gila"menjawab orang tersebut.Rasulullah membacakan surah al-fatihah,4 ayat pertama Surah Al-Baqarah .Ayat yg bermula dgn Wailahukum ilahun wahid....,ayat Kursi dan dua ayat seterusnya ,3 ayat terakhir al-Baqarah,ayat Syahidallah annahu...terakhir dari surah al-Mu'minun(Fataaalallahuuumalikul haq...,ayat dari surah al-Jin (Waaannahu ta,ala),sepuluh ayat pertama surah Wassaat,tiga ayat terakhir dari surah Al-Hasyr,Surah al-ikhlas,Surah al-Falaq dan surah AN nas.
DOAKAN KEBAIKAN ORANG LAIN...
Doa ialah ibadah dan senjata orang mukmin. Doa juga manifestasi tanda kelemahan hamba yang memerlukan pertolongan dan bantuan Allah dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Kebiasaannya kita hanya berdoa untuk kebaikan diri sendiri.Jarang sekali mendoakan kebaikan khusus untuk orang lain. m Sebenarnya mendoakan kebaikan orang lain tanpa pengetahuannya merupakan sunnah hasanah yang telah diamalkan oleh para nabi dan turut diikuti orang soleh. Mereka gembira jika kaum muslimin memperoleh kebaikan sehingga mereka suka untuk mendoakan kesejahteraan saudaranya dan turut mendoakan kesejahteraan mereka sendiri.
daripada Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " Tidak beriman salah seorang antara kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa-apa yang dicintai untuk dirinya sendiri." (Riwayat al-bukhari dab Muslim)
Mendoakan kebaikan untuk mereka yang dirundung dukanakan menyebabkan doa tersebut kembali kepada kita. Jika Allah memperkenankan untuk menghilangkan kesusahan tersebut, maka orang yang pertama sekali merasakan reaksi doa itu ialah kita yang mendoakannya.
Diriwayatkan oleh Abu al-Darda' Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:" Doa seorang Muslim kepada saudaranya secara rahsia da bukan dihadapannya sangat dimakbulkan. Disisinya ada malaikat yang ditunjuk Alllah. Setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat tersebut berkata (kepadanya) :" Ya Allah, makbulkan ia dan (semoga) bagimu juga (mendapat balasan) seumpama itu."
(Riwayat Muslim)
Oleh sebab itu , semaki banyak kita mendoakan kebaikan kepada orang lain, maka semakin banyak juga kebaikan yang akan kita peroleh. Cuba kita bayangkan doa yang dipinta dengan kusyuk dan iklas diaminkan oleh para malaikat, InsyaAllah doa itu akan dikabulkan oleh Allah. Itulah hikmah seorang yang sanngup memberikan kebaikan kepada orang lain, Allah juga akan membalasnya dengan kebaikan.
Wallahu a'lam.
Khamis, 11 April 2013
QASIDAH YAHANANA
YA HANANA
ya hana naBetapa Beruntungnya Kami
ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia
يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT
يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
Isnin, 16 Julai 2012
Doa supaya dapat membayar hutang
Doa supaya dapat membayar hutang

Maksudnya:
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.

Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.
Mee sizling
dah lama nak buat resepi ni...asyik beli je...berbaloi buat sendiri..
Bahan-bahan ( 1 org mkn )
- Yee mee ( 1 sanggul)
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap pekat
- 5 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar serbuk lada hitam - ikut suka, kdg2 sy pakai sos lada hitam
- Sayur sawi
- Carrot
- Cendawan shitake - tp yg ni sy pakai cendawan butang jer
- Isi ayam
- bwg putih, halia potong dadu - utk menumis
Cara-cara
- Panaskan kuali dgn sedikit minyak dan tumis halia n bwh puti(nak letak lada kering skali pun boleh)
- masukkan ayam(kalu nak letak la)
- masukkan 1 cawan air dan masukan semua sos2 tu
- masukkan sayur, cendawan carrot
- tggu hingga mendidih dan sayur empuk
- masukkan 1 sudu besar tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air
- lastly, masukkan yee mee dan kacau dlm 2 minit
- pecahkan telur dn jgn kacau.. SIAP utk Dimakan!(untuk siapa yg suka)
doa ketika bangun tidur

Maksudnya:

Maksudnya:

Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.
Khamis, 12 Julai 2012
Rindu,,,
satu perkataan yang mudah dilontarkan oleh sesiapa sahaja. semua orang pasti merasa rindu, tidak kiralah rindu pada sesiapa, Ibu &ayah,Sahabat, atau Teman.
Tapi berapa ramaikah diantara kita meluahkan rasa rindu pada Nabi Muhammad s.a.w.
Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Saudaraku yang mulia, setiap hari Nabi
Muhammad merindui umatnya. Setiap hari Nabi Muhammad mendoakan keampunan
buat umatnya. Nabi Muhammad terlalu menyayangi umatnya sehinggakan
baginda sanggup menggantikan kesakitan ketika menghadapi sekaratulmaut
yang akan menimpa kita kelak.. MasyaAllah, tak mampu diungkap kesakitan
saat menghapi kewafatan sehinggakan tubuh baginda yang mulia menggigil
dan berpeluh menahan derita melepaskan nafas terakhirnya..Itu kesakitan
yang menimpa kekasih Allah yang maksum dari sebarang dosa, bagaimana
dengan kita???
Nabi Muhammad SAW sanggup menempuh
semua dugaan dan rintangan semata-mata ingin menyampaikan agama suci ini
buat umatnya. Baginda tak pernah mengeluh untuk memperjuangkan hak
umatnya. Baginda tidak pernah walau sekalipun meninggalkan dakwahnya dek
kerana kecewa atau berputus asa.. Setiap rintangan dan dugaan dihadapi
demi menjamin kebahagiaan umatnya kelak di alam sana... Bayangkanlah,
seorang lelaki yang mulia yang dipilih oleh Allah, begitu sekali
perjuangannya demi cinta pada kita umat baginda..
marilah kita sama-sama memberikan rindu kita kepada orang yang merindui kita walaupun tidak pernah bersua muka dengan kita. seperti sebuah cerita dibawah
Kesah di dalam sebuah hadist
yang di riwayatkan; Ketika Baginda tengah duduk berkumpul dengan para
sahabat, Baginda bertanya kepada sahabatnya. " Wahai sahabtku, tahukah
kalian , siapa hamba yang mulia di sisi Allah... ?" Para sahabat
terdiam, lalu salah seorg sahabat berkata " para malaikat Ya Rasulullah,
merekalah yg mulia " Baginda berkata; " Ya, Para malaikat itu mulia,
mereka sentiasa bertasbih beribadah kepada Allah, tentulah mereka mulia,
tapi bukan itu yg Ku maksudkan "
kemudian para sahabat kembali terdiam, Tiba-tiba salah seorang sahabat kembali berkata " Ya Rasulullah, tentulah para Nabi, merekalah yang mulia itu " Rasulullah tersenyum, Baginda berkata " Ya , para Nabi itu mulia, mereka adalah utusan Allah di muka bumi, bagaimana mungkin mereka tidak mulia, tapi ada lagi yang lainnya"
Para sahabat terdiam, tertanya-tanya. siapa lagi orang yang mulia itu ? sehingga kemudian salah seorang sahabat berkata " Ya Rasulullah, adakah kami sahabatmu Ya Rasulullah, apakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah ? "Kemudian baginda pandang satu persatu sahabat baginda sambil tersenyum, Baginda berkata," tentulah kalian mulia, Kalian dekat dengan Ku, kalian membantu perjuangganku, bagai mana mungkin kalian tidak mulia, tentulah kalian mulia , tetapi bukan itu yang ku maksudkan"
Para sahabat terdiam semuanya, mereka tak mampu berkata apa-apa lagi..... Tiba-tiba baginda merundukkan wajahnya, tiba-tiba Baginda menagis di hadapan sahabat-sahabatnya, Para sahabat pun tertanya-tanya, Mengapa Kau menagis ya Rasulullah ? Apa bila baginda mengangkat waajahnya, terlihat air mata yang berlinang membasahi pipi dan janggutnya.
Baginda berkata " Wahai saudaraku , sahabatku, Tahukah kalian siapa yang mulia itu ? Meraka adalah manusia-manusia , mereka akan lahir jauh dari wafatku nanti, mereka begitu mencintai Allah. Tahukan kalian , mereka tidah pernah memandang ku, mereka tidak pernah melihat wajah ku. Meraka hidup tidak dekat dengan ku seperti kalian, tetapi mereka begitu rindu kepada ku. Dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya, Aku pun Rindu kepada mereka. Mereka yang mulia itu, merekalah Ummatku " Tagisan Rasulullah di sambut oleh sahabat-sahabat juga dengan tangisan.
kemudian para sahabat kembali terdiam, Tiba-tiba salah seorang sahabat kembali berkata " Ya Rasulullah, tentulah para Nabi, merekalah yang mulia itu " Rasulullah tersenyum, Baginda berkata " Ya , para Nabi itu mulia, mereka adalah utusan Allah di muka bumi, bagaimana mungkin mereka tidak mulia, tapi ada lagi yang lainnya"
Para sahabat terdiam, tertanya-tanya. siapa lagi orang yang mulia itu ? sehingga kemudian salah seorang sahabat berkata " Ya Rasulullah, adakah kami sahabatmu Ya Rasulullah, apakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah ? "Kemudian baginda pandang satu persatu sahabat baginda sambil tersenyum, Baginda berkata," tentulah kalian mulia, Kalian dekat dengan Ku, kalian membantu perjuangganku, bagai mana mungkin kalian tidak mulia, tentulah kalian mulia , tetapi bukan itu yang ku maksudkan"
Para sahabat terdiam semuanya, mereka tak mampu berkata apa-apa lagi..... Tiba-tiba baginda merundukkan wajahnya, tiba-tiba Baginda menagis di hadapan sahabat-sahabatnya, Para sahabat pun tertanya-tanya, Mengapa Kau menagis ya Rasulullah ? Apa bila baginda mengangkat waajahnya, terlihat air mata yang berlinang membasahi pipi dan janggutnya.
Baginda berkata " Wahai saudaraku , sahabatku, Tahukah kalian siapa yang mulia itu ? Meraka adalah manusia-manusia , mereka akan lahir jauh dari wafatku nanti, mereka begitu mencintai Allah. Tahukan kalian , mereka tidah pernah memandang ku, mereka tidak pernah melihat wajah ku. Meraka hidup tidak dekat dengan ku seperti kalian, tetapi mereka begitu rindu kepada ku. Dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya, Aku pun Rindu kepada mereka. Mereka yang mulia itu, merekalah Ummatku " Tagisan Rasulullah di sambut oleh sahabat-sahabat juga dengan tangisan.
Ya Allah..tanamkanlah didalam hati kami rasa cinta & rindu kepadaMU dan Nabi Muhammad s.a.w. melebihi yang lain...amin...Ya rasulullah...berikanlah syafaatmu kepada kami..
Langgan:
Catatan (Atom)









