1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun 2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah 3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam 4.Janganlah bertengkar dalam apa- apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan 5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram 6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh- sungguh dalam setiap perkara. 7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang 8.Jauhilah daripada mengumpat- umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan 9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang 10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya |
Rabu, 28 April 2010
SEPULUH WASIAT IMAN AL-SYAHID HASSAN AL- BANNA
Sabtu, 24 April 2010
MAJALAH REMAJA SEMPOI
Jumaat, 23 April 2010
DUHAI MUJAHID BERGELAR HAMBA
Duhai insan bergelar hamba,
Ketahuilah hidup ini tidak selalu tenang,
Hidup ini tidak selalu senang...
Adakalanya,
Hidup ini sering bergolak,
Hidup ini sering dilambung ombak...
Duhai insan bergelar hamba,
Ketahuilah, hidup ini telah ditentukan,
Hidup ini dirancang Tuhan...
DIA maha mengetahui segalanya,
DIA arif tentang ciptaanNya...
Duhai insan bergelar hamba,
Usah dipertikai segala ketentuan,
Usah dipersoal segala takdir Tuhan,
Usah dirungut segala perancangan...
Tempuhilah kehidupan dengan redha,
Hadapilah segala fitnah manusia,
Harungilah segala fitrah dunia,
Laluilah segala dugaan dariNya...
Gagahi diri dengan keimanan,
Perkasakan diri dengan ketaqwaan,
Kuatkan diri dengan Al-Quran,
Yakinkan diri dengan janji Tuhan...
Duhai mujahid,
Yang impikan mardhatillah,
Usah gentar,
Usah gusar,
Usah sedih,
Usah menangis,
Usah kecewa,
Usah terkesima...
Berjalanlah di bumi ini,
Dengan keyakinan yang mantap.
Bergeraklah di bumi ini,
Dengan keimanan yang kuat.
Berlarilah di bumi ini,
Dengan ketaqwaan yang sebenar.
Jangan!
Jangan ditangisi apa yang terjadi.
Jangan dikesali apa yang menimpa,
Jangan dirunguti apa yang ditentukan.
Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya,
Di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.
Di sebalik sedih pasti ada gembira,
Di sebalik tangisan pasti ada hilai tawa.
Duhai pejuang,
Bergembiralah dengan setiap dugaan.
Senyumlah tatkala ditimpa cubaan,
Berbahagialah dengan segala ujian,
Kerana sesungguhnya,
ALLAH dekat denganmu.
Ketahuilah hidup ini tidak selalu tenang,
Hidup ini tidak selalu senang...
Adakalanya,
Hidup ini sering bergolak,
Hidup ini sering dilambung ombak...
Duhai insan bergelar hamba,
Ketahuilah, hidup ini telah ditentukan,
Hidup ini dirancang Tuhan...
DIA maha mengetahui segalanya,
DIA arif tentang ciptaanNya...
Duhai insan bergelar hamba,
Usah dipertikai segala ketentuan,
Usah dipersoal segala takdir Tuhan,
Usah dirungut segala perancangan...
Tempuhilah kehidupan dengan redha,
Hadapilah segala fitnah manusia,
Harungilah segala fitrah dunia,
Laluilah segala dugaan dariNya...
Gagahi diri dengan keimanan,
Perkasakan diri dengan ketaqwaan,
Kuatkan diri dengan Al-Quran,
Yakinkan diri dengan janji Tuhan...
Duhai mujahid,
Yang impikan mardhatillah,
Usah gentar,
Usah gusar,
Usah sedih,
Usah menangis,
Usah kecewa,
Usah terkesima...
Berjalanlah di bumi ini,
Dengan keyakinan yang mantap.
Bergeraklah di bumi ini,
Dengan keimanan yang kuat.
Berlarilah di bumi ini,
Dengan ketaqwaan yang sebenar.
Jangan!
Jangan ditangisi apa yang terjadi.
Jangan dikesali apa yang menimpa,
Jangan dirunguti apa yang ditentukan.
Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya,
Di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.
Di sebalik sedih pasti ada gembira,
Di sebalik tangisan pasti ada hilai tawa.
Duhai pejuang,
Bergembiralah dengan setiap dugaan.
Senyumlah tatkala ditimpa cubaan,
Berbahagialah dengan segala ujian,
Kerana sesungguhnya,
ALLAH dekat denganmu.
p/s : sajak ni ana amik dr iluvIslam...moga kite dpt hayati bersama.......................................................
Sabtu, 17 April 2010
KU INGIN BERGELAR SOLEHAH
Ku ingin bergelar solehah, tapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah...
Ku begitu tertarik dengan fesyen dunia, ku terasa rendah bila melihat mereka bergaya, tetapi mana mungkin auratku terdedah kerna aku ingin bergelar solehah...
Ku ingin bergelar solehah dan aku tahu ianya cukup payah, tetapi aku yakin pada janji Allah dan akan ku terus berpegang pada matlamatku..."KU INGIN BERGELAR SOLEHAH"....
Langgan:
Catatan (Atom)