Seringkali apabila kita mengikuti kem motivasi, tak kira di sekolah,universiti atau sebagainya. kita sering ditanya " Apa yang kita mahu jadi? Pilih objek di sekeliling anda?? emmm..macam2 la jawapan yang kedengaran..nak jadi macam lampu sebab boleh menerangi waktu gelap, tapi waktu siang?? saya nak jadi seperti kacamata..boleh memimpin orang untuk melihat sesuatu tapi bagaimana?? tak semua menggunakannya.
Bagi saya, saya mahu menjadi seperti pokok kelapa, yang sentiasa dapat berkhidmat dan memberi manfaat kepada orang lain. Semua bahagian pokok kelapa dapat memberi matlamat kepada kita, batangnya boleh dijadikan titi,daunnya
dianyam untuk membuat tikar,lidinya digunakan sebagai penyapu,buah dan
isinya sbgai makanan,airnya sebagai penawar penyakit dan penghilang
dahaga dan pokok itu sendiri sebagai benteng penghalang angin y kuat di
tepi pantai…
Kita juga seharusnya jadi seperti pokok kelapa,sentiasa berguna untuk orang lain..biarlah setiap inci tubuh badan kita ni dpt memberi manfaat kpd orang lain dan yang paling penting,dpt menyumbangkan sesuatu untuk agama y kita anuti,islam…xkiralah dari segi fizikal,mental mahupun rohani…biarlah setiap anggota badan kita ni spt tangan,mulut,kaki,mata dan aggota lain,kita gunakan untuk mmbntu orang lain dan islam…walaupun kita tidak mampu untuk memberi sumbangan seperti sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W yang sanggup bekorban harta,tenaga,nyawa dan sebagainya semata-mata untuk menegakkan islam,buatlah sekadar yang mampu kita lakukan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan