Sana sini...

Ahad, 12 Mei 2013

TERIMA KASIH POSMEN...




TERIMA KASIH POSMEN....pelik bukan jika posmen yang menghantar surat atau barang yang memang kita idam-idamkan sekian lama contohnya surat tawaran mendapat kerja. Kita pun mengucapkan terima kasih berkali-kali kepada posmen tersebut kerana membawakan surat tersebut. kita memujinya dengan kata-kata yang indah dan melakukan apa yang posmen itu suka. begitulah gambaran nya bahawa kita selalu mengucapkan rasa syukur kita kepada orang lain dahulu tetapi tidak kepada ALLAH .kita tidak patut hanya mengucapkan rasa bersyukur dan terima kasih itu kepada orang menjadi pengantara rezeki yang diberikan oleh ALLAH kepada kita. Tetapi kita patut menunjukkan rasa itu kepada pemiliknya yang telah memberikan kita kurniaan nikmat yang tidak terhitung.Tidak salah kita berterima kasih kepada pengantaranya tetapi jangan kita melupakan pemilik sebenarnya.

 jadi marilah kita sama-sama sentiasa berterima kasih kepada ALLAH dengan menunjukkan rasa syukur kita dengan pemberiaannya itu.

CARA-CARA BERSYUKUR
  1. HATI - Sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmat
  2. LIDAH - Mengucap Alhamdulillah ketika mendapat nikmat
  3. TUBUH BADAN - Menggunakan nikmat untuk kebaikan
 TANDA BERSYUKUR KEPADA ALLAH
  1. Menggunakan nikmat dengan cara yang baik
  2. Menggunakan nikmat Allah dengan baik
  3. Mematuhi suruhan dan larangannya
  4. Mengadakan hubungan baik sesama manusia
  5. Memelihara dan memulihara alam dengan baik
  6. Menggunakan rezeki pd jln yg diredai
  7. Membelanjakan harta pd jalan Allah S.W.T
  8. Tidak merosakkan nikmat Allah S.W.T
  9. Menyayangi pemberian Allah.
  10. Patuh dan taat perintah Allah S.W.T

Rabu, 8 Mei 2013

TIP MENJAGA PANDANGAN







Ingatlah bahawa Allah maha melihat. Walaupun ketika sendirian di hadapan komputer atau ketika sedang membelek majalah sendirian

Mata akan menjadi saksi pada hari kahirat kelak

Malaikat sentiasa mencatat amal perbuatan tanpa tercicir walau sebesar atom amalan pun

Jauhi Tempat maksiat, kawan yang menyeru kearah kemungjaran dan situasi yang boleh mendorong kepada kejahatan

basahkan lidah dan hati dengan zikir kerana itu benteng daripada godaan syaitan

Menahan diri daripada memandang sesuatu yang menawan tetapi haram merupakan satu "pengorbanan". InsyaAllah, kelak Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Raulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya ,engkau tidak meninggalkan sesuatu kerana Allah kecuali Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik daripadanya bagi engkau." (Riwayat Ahmad)

Masih bujang? kalau masih bujang dan susah menjaga pandangan, maka penyelesaiannya berkahwin keran ia mampu membantu menundukkan pandangan

Ayat manzil sebagai pelindung diri

KELEBIHAN AYAT MANZIL

'MANZIL' mengandungi beberapa ayat al-quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat RA sebagai shifa'(penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir.Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat d dlm kitab "HAYATUS SAHABAH" (Jld 3 ms 374)yang dikarang oleh as-Syeikhul Kabir Maulana Yusuf rah.Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim dan Tirmizi.

Ubai Ibn Kaab RA meriwayatkan :Sewaktu bersama Rasulullah SAW,seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkat,"Ya Rasulullah SAW ,saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit."Penyakit apa?"bertanya Rasulullah SAW "Sejenis gila"menjawab orang tersebut.Rasulullah membacakan surah al-fatihah,4 ayat pertama Surah Al-Baqarah .Ayat yg bermula dgn Wailahukum ilahun wahid....,ayat Kursi dan dua ayat seterusnya ,3 ayat terakhir al-Baqarah,ayat Syahidallah annahu...terakhir dari surah al-Mu'minun(Fataaalallahuuumalikul haq...,ayat dari surah al-Jin (Waaannahu ta,ala),sepuluh ayat pertama surah Wassaat,tiga ayat terakhir dari surah Al-Hasyr,Surah al-ikhlas,Surah al-Falaq dan surah AN nas.

DOAKAN KEBAIKAN ORANG LAIN...





Doa ialah ibadah dan senjata orang mukmin. Doa juga manifestasi tanda kelemahan hamba yang memerlukan pertolongan dan bantuan Allah dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Kebiasaannya kita hanya berdoa untuk kebaikan diri sendiri.Jarang sekali mendoakan kebaikan khusus untuk orang lain. m Sebenarnya mendoakan kebaikan orang lain tanpa pengetahuannya merupakan sunnah hasanah yang telah diamalkan oleh para nabi dan turut diikuti orang soleh. Mereka gembira jika kaum muslimin memperoleh kebaikan sehingga  mereka suka untuk mendoakan kesejahteraan saudaranya dan turut mendoakan kesejahteraan mereka sendiri.

daripada Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " Tidak beriman salah seorang antara kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya  apa-apa yang dicintai untuk dirinya sendiri." (Riwayat al-bukhari dab Muslim)

Mendoakan kebaikan untuk mereka yang dirundung dukanakan menyebabkan doa tersebut kembali kepada kita. Jika Allah memperkenankan untuk menghilangkan kesusahan tersebut, maka orang yang pertama sekali merasakan reaksi doa itu ialah kita yang mendoakannya.

Diriwayatkan oleh Abu al-Darda' Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:" Doa seorang Muslim kepada saudaranya secara rahsia da bukan dihadapannya sangat dimakbulkan. Disisinya ada malaikat yang ditunjuk Alllah. Setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat tersebut berkata (kepadanya) :" Ya Allah, makbulkan ia dan (semoga) bagimu juga (mendapat balasan) seumpama itu." 
 (Riwayat Muslim)

Oleh sebab itu , semaki banyak kita mendoakan kebaikan kepada orang lain, maka semakin banyak juga kebaikan yang akan kita peroleh. Cuba kita bayangkan doa yang dipinta dengan kusyuk dan iklas diaminkan oleh para malaikat, InsyaAllah doa itu akan dikabulkan oleh Allah. Itulah hikmah seorang yang sanngup memberikan kebaikan kepada orang lain, Allah juga akan membalasnya dengan kebaikan.

Wallahu a'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...