Sana sini...

Jumaat, 13 September 2013

10 PERKARA YANG SERING DIBAZIRKAN


10 Perkara yang Sering Dibazirkan



  1. ILMU - Dibazirkan dengan tidak mengamalkannya.
  2. AmALAN - Dibazirkan dengan tidak melakukannya dengan ikhlas
  3. HARTA - Dibazirkan dengan tidak membelanjakan ke jalan Allah.
  4. HATI - Dibazirkan dengan tidak mengisi hati dengan cinta kepada Allah dan Rasulullah.
  5. CINTA - Dibazirkan dengan mengisi cinta selain cinta kepada Allah.
  6. MASA - Dibazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
  7. ZIKIR - Dibazirkan apabila zikir tidak berkesan pada hati.
  8. TUBUH BADAN - Dibazirkan dengan menggerakkan anggota badan bukan untuk ibadah.
  9. KEPINTARAN - Dibazirkan dengan tidak berfikir tentang keajaiban makhluk ciptaan-Nya.
  10. KESIHATAN - Dibazirkan dengan tidak mensyukuri nikmat sihat sebelum sakit.

JADILAH SEPERTI POKOK KELAPA




Seringkali apabila kita mengikuti kem motivasi, tak kira di sekolah,universiti atau sebagainya. kita sering ditanya " Apa yang kita mahu jadi? Pilih objek di sekeliling anda?? emmm..macam2 la jawapan yang kedengaran..nak jadi macam lampu sebab boleh menerangi waktu gelap, tapi waktu siang?? saya nak jadi seperti kacamata..boleh memimpin orang untuk melihat sesuatu tapi bagaimana?? tak semua menggunakannya.

Bagi saya, saya mahu menjadi seperti pokok kelapa, yang sentiasa dapat berkhidmat dan memberi manfaat kepada orang lain. Semua bahagian pokok kelapa dapat memberi matlamat  kepada kita, batangnya boleh dijadikan titi,daunnya dianyam untuk membuat tikar,lidinya digunakan sebagai penyapu,buah dan isinya sbgai makanan,airnya sebagai penawar penyakit dan penghilang dahaga dan pokok itu sendiri sebagai benteng penghalang angin y kuat di tepi pantai…

Kita juga seharusnya jadi seperti pokok kelapa,sentiasa berguna untuk orang lain..biarlah setiap inci tubuh badan kita ni dpt memberi manfaat kpd orang lain dan yang paling penting,dpt menyumbangkan sesuatu untuk agama y kita anuti,islam…xkiralah dari segi fizikal,mental mahupun rohani…biarlah setiap anggota badan kita ni spt tangan,mulut,kaki,mata dan aggota lain,kita gunakan untuk mmbntu orang lain dan islam…walaupun kita tidak mampu untuk memberi sumbangan seperti sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W yang sanggup bekorban harta,tenaga,nyawa dan sebagainya semata-mata untuk menegakkan islam,buatlah sekadar yang mampu kita lakukan..

kita ambil iktibar kisah Nabi Ibrahim dengan seekor burung kecil :: SEEKOR burung kecil terbang, mengisi air dalam paruhnya, lalu menyiram ke atas api yang membakar . Perbuatan itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu mereka menegur burung itu . Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil, lalu menyiram ke atas unggun api yang besar itu, hanyalah perbuatan sia-sia, kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu .

TETAPI burung itu menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH, KERANA ALLAH AKAN MENYOAL AKU NANTI , apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”
Demikianlah juga dengan kita, walaupun dengan usaha yang kecil, sekurang-kurangnya kita dapat memberi manfaat kepada orang lain.
sekian..moga-moga Allah memberi kebaikan kepada kita semua diatas sumbangan kita di atas jalan Allah wa;aupun sebesar zarah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...