Doa Harian
ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam
pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan
oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.
Oleh
kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka
disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir
daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat
yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan
berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga
adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana
Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim"
iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa
dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan
agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.
Doa
dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang
bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya
orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri,
keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta
turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.
1.Doa bagi mereka yang was-was dalam beriman
2. Doa ketika bangun dari tidur
3. Doa ketika takutkan kezaliman pemerintah
4. Doa ketika berhadapan dengan musuh
5. Doa ketika ditimpa bencana
6. Doa ketika dukacita dan sedih
7. Doa apabila membalikkan diri pada waktu malam ketika tidur
8. Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian
9. Doa selepas azan dan iqamah
10. Doa ketika azan
11.Doa Keluar masjid
12.Doa ketika masuk masjid
13.Doa pergi ke masjid
14. Doa ketika memasuki rumah
15. Doa ketika keluar rumah
16. Bacaan Selepas Berwudhuk
17. Bacaan sebelum berwudhuk
18.Doa ketika masuk & keluar tandas
19.Doa ketika menanggalkan pakaian
20.Doa apabila melihat orang memakai pakaian baru
21.Doa ketika memakai pakaian baru
22. Doa ketika memakai pakaian
23. Doa supaya dapat membayar hutang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan