Sana sini...

Selasa, 29 Disember 2009

BIDADARI..

Aku juga perempuan,
Punyai impian,
Anggun di balut perhiasan,
Hidup bergemerlapan,
Bak artis pujaan..

Ku ingin bermadah puisi,
Bersyair dan menyanyi,
Lincah menari,
Menghibur dan menyeri..

Namun,
Aku bukan perempuan,
Gopoh mengejar kemasyuran,
Di tempat persinggahan,
Tiada berkekalan..

Ku ingin kemuliaan abadi,
Kemasyuran hakiki,
Bukan yang tiada erti,
Bukan yang dimurkai Ilahi,
Bukan di dunia ini,
Tapi di Taman Syurgawi,
Inginku kekal sebagai bidadari....

KERANA KAU PEREMPUAN..







Kerana kau perempuan,
Ibarat sekuntum bunga,
Indah di pandang mata,
Bila iman mekar di hati..


Kerana kau perempuan,
Ibarat sekuntum bunga,
Harum semerbak wangi,
Bila akhlak hiasi diri..


Kerana kau perempuan,
Ibarat sekuntum bunga,
Idaman sejuta kumbang,
Tunduk bukanlah layu,
Hanya kerana menjaga malu..


Kerana kau perempuan,
Ibarat sekuntum bunga,
Biar mekar sepanjang zaman,
Biar wangi seluruh alam,
Kerana mekarmu,
Hanya atas tangkainya....





Isnin, 21 Disember 2009

AKU TINGGALKAN DIA DEMI ALLAH


Dengan nama Allah 
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran


...


Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!


Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu


Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu


Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita


Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar


"i've leave him for the sake of Allah"


Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah! 
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti


Dan sesungguhnya hari kemudian 
itu lebih baik bagimu 
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu 
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , 
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]


Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya


Sesungguhnya
 aku bertawakkal 
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata 
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. 
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]



usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap




Yakinlah pada janji Allah!


Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]


Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini


maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
 sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: 
"Tuhan kami ialah Allah" 
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, 
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: 
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; 
dan gembirakanlah mereka 
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]


Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti


Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, 
maka mohonlah perlindungan kepada Allah. 
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]


Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa
~


Karya asal : daffodil At-toriq

p/s : ana baru je bace kt iluvIslam tadi,memang menarik jadi tak salahkan kite b'kongsi..renung2kan..

Jumaat, 18 Disember 2009

DOA AWAL TAHUN (MUHARAM)

Doa ini dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharam. Sesiapa yg membaca doa ini, syaitan berkata : "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku."

Doanya ialah (maksud) :

  Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.  Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda serta sahabatnya.
  Ya Allah Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikut-pengikutnya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya dan aku mohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau.   Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda serta sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

DOA AKHIR TAHUN (ZULHIJAH)

Doa akhir tahun dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar @ sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir Zukhijah. Sesiapa membaca doa ini, berkatalah syaitan : Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah swt binasakan aku saat itu jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah swt ampunkan dosanya setahun."

Doanya ialah (maksud) :
 
  Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda serta sahabatnya.
  Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan larangan-laranganMu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang ditetapkan padaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu.
  Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau Ya Allah Ya Karim Ya Zal Jakali wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadapMu Ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda serta sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang nemelihara dan mentadbir sekalian alam.

PAHALA PUASA AKHIR ZULHIJAH,AWAL MUHARAM

Ibnu Abbas m'riwayatkan satu hadis bmaksud : "Sesiapa yg berpuasa akhir bulan Zukhijah dan awal bulan Muharam, nescaya Allah m'ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun lakukannya." Jelasnya lagi : "Sesiapa yg mbaca doa ini pada 1 Muharam, Allah swt mewakilkan 2 malaikat memeliharanya pada tahun itu."

Doa itu ialah: "Wahai Tuhanku, Engkau selamanya tidak didahului oleh tiada dan pada tahun ini hamba bermohon kepada Engkau semoga terpelihara daripada syaitan dan perintah syaitan  dan hamba memohon pertolongan Engkau iaitu peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat serta yg membimbangkan hamba dengan Engkau wahai yang mulia."

Sesiapa yg berpuasa pd hari Jumaat pertama bulan Muharam nescaya diampunkan Allah swt segala dosanya yg lalu..

Maksud hadis yg lain: "Sesiapa yg p'puasa 3 hari b'turut-turut dalam bulan Muharam iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, nescaya Allah swt memberikan pahala seperti b'ibadat selama 19 ratus tahun.

Selasa, 1 Disember 2009

JANGAN KAU BERSEDIH SAHABAT..






Sahabatku,usah kau bersedih dengan ujian yang menimpa..Ketahui setiap ujian pasti ada hikmahnya..Tidak akan ditimpakan sesuatu ujian kpd seseorang yang tidak mampu memikul bebannya..Jangan bersedih,Allah sentiasa mengetahui apa yg menjadi kekusutan fikiran dan kegelisahan hati...

Ahad, 29 November 2009

Rabu, 25 November 2009

PESONANYA MALU....

0



Sifat malu merupakan sebahagian daripada iman.Orang yang hilang sifat malu adalah orang yang tipis imannya kerna keduanya adalah seiring.Jika salah satu hilang maka kedua2 akan hilang..Malu menjadi perisai bagi diri setiap Muslim,mereka  pasti berasa malu setiap kali lakukan dosa wpon ianya tidak disengajakan...


Mereka yg hilang sifat malu akn menonjolkan diri dgn menarik perhatian masyarakat dengan pelbagai perbuatan yg dilarang oleh Islam..Kemodenan hari ini telah banyak merubah wanita Islam t'utamanya dari segi pakaian.Mereka tidak lagi menutup aurat sebagaimana yg disyariatkan oleh Allah SWT..Muslimah yg patuh kpd perintah Allah dan Rasul tidak akan sesekali m'gadaikan maruah diri semata2 utk mengikuti perkembangan semasa.Malu seorg wanita adalah sifat malu kerna takutkan Allah.Malu merupakan perisai dan hiasan kpd Muslim yg percaya akan adanya Hari Akhirat.


Namun janganlah malu utk b'juang ke arah kebaikan.Dilema masakini ramai yg malu utk buat baik namun b'bangga bila lakukan kemungkaran..Muslimah yg terbaek adlh yg m'jadikan malu sbahagian dari diri,ianya tidak pernah terlucut  namun sentiasa ditambahkan perisai malu agar tangan2 jahat tidak bisa mendekati.Semoga diri ini dan sahabat2 sekalian akan menjadikan malu sbg perisai diri kerana pesonanya malu tiada tandingan..




Ahad, 1 November 2009

Terima kasih sahabat



Sahabat..
Tika aku duduk sendirian,
Namamu meniti di bibir,
Saat aku mengalun doa,
Tak terlepas bibir ini mengalun namamu,
Pabila bersamamu,
Ukhwah terjalin keranaNya..

Sahabat..
Indahnya ukhwah itu,
Saat terlupa di ingatkan,
Saat terleka di sedarkan,
Saat duka kau jadi peneguh kekuatan,
Saat susah kau bersamaku..

Sahabat..
Di kala aku menulis tinta ini,
Jika aku pernah menyakiti hatimu,
Maafkan aku..
Sesungguhnya aku ingin menjadi sahabat sepertimu tetapi,
Aku hanya mampu menjadi,
Seorang teman yang dhoif..

Maafkanku sahabat..
Aku rindu akan detik kita bersama..


p/s : syukran deq..saat kita bersama byk menyimpul kenangan..

-Buat sahabat seperjuangan-


Bertahun tlh berlalu,
Menyaksikan indahnya sebuah pertemuan,
Pertemuan yg tidak pernah disangka,
Pertemuan yg tidak pernah diharapkan,
Namun seribu kesyukuran aku panjatkan,
Pada Yang Maha Menentukan,
Atas sebuah persahabatn yg di anugerahkan..

Kini kita m'hitung hari,
Mengira baki hari bersama,
Meniti saat-saat akhir berjumpa,
Kerana saatnya telah tiba,
Perpisahan yg tidak diduga,pasti akan berlaku jua..

Ya Allah,aku tahu tahu aku tidak kuat untuk m'hadapi saat itu,
Aku tahu hati ini tidak tega melalui waktu itu,
Tabahkanlah hati ini Ya Allah,
Tenangkanlah keluh kesah jiwaku,
Redhakanlah hatiku akan p'pisahan ini,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui,
Apa yg t'surat dan t'sirat di sebalik p'pisahan ini..

Ketahuilah teman,
Pertemuan dan P'pisahan,
Pastinya mjadi sesuatu yg indah,
Yg akan di kenang selamanya,
Jika cinta,kasih dan sayang itu b'landaskan cinta kpdNYA,
Berlandaskan keimanan dan kasih sayang,
Hanya utk Rabbul Izzati,Tuhan Yg Maha Esa....


p/s : pasti windu kalian semua sahabt..

REHLAH MUSLIMAT





Salamun salam..skadar bkongsi,pg sabtu smlm ana dgn shbt2 ada pergi ke pantai..ktowg nk tnangkan fikiran sblm hdapi final mggu dpn..sronok sgt bila bkumpul dgn kalian..yg lucunya bila ktowg kna kejar dgn monyet2 kt ci2..ktowg ada edarkan risalah mgenai gugur janin satu barah. .Remaja skrg trutamanya anak2 gadis byak mgamalkan cara hidup barat tanpa fikir dosa dan pahala..Kami bharap dgn edaran risalah yg dibuat dpt m'bendung gejala sosial remaja masa kini..Td kami tak wt aktiviti sgt kt pantai,yg pnting ukhwah smakin erat..Apa yg pasti..MUSLIMAT..POWER,POWER,POWER..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...