Sana sini...

Selasa, 29 Disember 2009

BIDADARI..

Aku juga perempuan,
Punyai impian,
Anggun di balut perhiasan,
Hidup bergemerlapan,
Bak artis pujaan..

Ku ingin bermadah puisi,
Bersyair dan menyanyi,
Lincah menari,
Menghibur dan menyeri..

Namun,
Aku bukan perempuan,
Gopoh mengejar kemasyuran,
Di tempat persinggahan,
Tiada berkekalan..

Ku ingin kemuliaan abadi,
Kemasyuran hakiki,
Bukan yang tiada erti,
Bukan yang dimurkai Ilahi,
Bukan di dunia ini,
Tapi di Taman Syurgawi,
Inginku kekal sebagai bidadari....

KERANA KAU PEREMPUAN..







Kerana kau perempuan,
Ibarat sekuntum bunga,
Indah di pandang mata,
Bila iman mekar di hati..


Kerana kau perempuan,
Ibarat sekuntum bunga,
Harum semerbak wangi,
Bila akhlak hiasi diri..


Kerana kau perempuan,
Ibarat sekuntum bunga,
Idaman sejuta kumbang,
Tunduk bukanlah layu,
Hanya kerana menjaga malu..


Kerana kau perempuan,
Ibarat sekuntum bunga,
Biar mekar sepanjang zaman,
Biar wangi seluruh alam,
Kerana mekarmu,
Hanya atas tangkainya....





Isnin, 21 Disember 2009

AKU TINGGALKAN DIA DEMI ALLAH


Dengan nama Allah 
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran


...


Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!


Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu


Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu


Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita


Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar


"i've leave him for the sake of Allah"


Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah! 
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti


Dan sesungguhnya hari kemudian 
itu lebih baik bagimu 
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu 
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , 
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]


Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya


Sesungguhnya
 aku bertawakkal 
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata 
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. 
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]



usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap




Yakinlah pada janji Allah!


Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]


Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini


maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
 sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: 
"Tuhan kami ialah Allah" 
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, 
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: 
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; 
dan gembirakanlah mereka 
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]


Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti


Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, 
maka mohonlah perlindungan kepada Allah. 
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]


Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa
~


Karya asal : daffodil At-toriq

p/s : ana baru je bace kt iluvIslam tadi,memang menarik jadi tak salahkan kite b'kongsi..renung2kan..

Jumaat, 18 Disember 2009

DOA AWAL TAHUN (MUHARAM)

Doa ini dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharam. Sesiapa yg membaca doa ini, syaitan berkata : "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku."

Doanya ialah (maksud) :

  Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.  Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda serta sahabatnya.
  Ya Allah Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikut-pengikutnya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya dan aku mohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau.   Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda serta sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

DOA AKHIR TAHUN (ZULHIJAH)

Doa akhir tahun dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar @ sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir Zukhijah. Sesiapa membaca doa ini, berkatalah syaitan : Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah swt binasakan aku saat itu jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah swt ampunkan dosanya setahun."

Doanya ialah (maksud) :
 
  Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda serta sahabatnya.
  Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan larangan-laranganMu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang ditetapkan padaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu.
  Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau Ya Allah Ya Karim Ya Zal Jakali wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadapMu Ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda serta sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang nemelihara dan mentadbir sekalian alam.

PAHALA PUASA AKHIR ZULHIJAH,AWAL MUHARAM

Ibnu Abbas m'riwayatkan satu hadis bmaksud : "Sesiapa yg berpuasa akhir bulan Zukhijah dan awal bulan Muharam, nescaya Allah m'ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun lakukannya." Jelasnya lagi : "Sesiapa yg mbaca doa ini pada 1 Muharam, Allah swt mewakilkan 2 malaikat memeliharanya pada tahun itu."

Doa itu ialah: "Wahai Tuhanku, Engkau selamanya tidak didahului oleh tiada dan pada tahun ini hamba bermohon kepada Engkau semoga terpelihara daripada syaitan dan perintah syaitan  dan hamba memohon pertolongan Engkau iaitu peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat serta yg membimbangkan hamba dengan Engkau wahai yang mulia."

Sesiapa yg berpuasa pd hari Jumaat pertama bulan Muharam nescaya diampunkan Allah swt segala dosanya yg lalu..

Maksud hadis yg lain: "Sesiapa yg p'puasa 3 hari b'turut-turut dalam bulan Muharam iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, nescaya Allah swt memberikan pahala seperti b'ibadat selama 19 ratus tahun.

Selasa, 1 Disember 2009

JANGAN KAU BERSEDIH SAHABAT..






Sahabatku,usah kau bersedih dengan ujian yang menimpa..Ketahui setiap ujian pasti ada hikmahnya..Tidak akan ditimpakan sesuatu ujian kpd seseorang yang tidak mampu memikul bebannya..Jangan bersedih,Allah sentiasa mengetahui apa yg menjadi kekusutan fikiran dan kegelisahan hati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...