Sana sini...

Khamis, 11 Mac 2010

Doa pilihan pelindung

Doa Pilihan Pelindung Keluarga
Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-


من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك

Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080 - teks doaya adalah yang berwarna merah)


Disebut dalam satu riwayat lain,  nabi bersabda :-
فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله  أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )
Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-


رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ 
بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)

mutiara kata

Sedang tangan menaip sambil telinga saya mendengar lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Far East, tetiba hati ini teringat kepada cucunda nabi Muhammad S.A.W,anak kepada puteri baginda Fatimah dan saidina Ali. Saidina Hussain, seorang pemuda syurga gelaran di dunia dan pemergiaanmu tiada pengganti. Zuhud sifatmu, redha setiap ketetapan,pedoman engkaulah tauladan.. Terkorban kau menentang kemungkaran. Begitulah bait2 lagu tersebut...Tetapi disini saya ingin bercerita tentangkata2 saidina Hussain yang saya petik didalam buku riwayatnya...

Jika dunia ini mempunyai harga,
Ketahuilah pahala disisi Allah lebih berharga,


Jika badan tercipta untuk kematian,
maka kematian dijalan Allah lebih utama,
Jika rezeki dibahagikan menurut ketentuan, 
Alangkah baiknya untuk tidak serakah dalam usaha,
Jika harta setelah terkumpul akan ditinggalkan,
Mengapa orang kikir untuk menginfakkannya,


kata2 ini ...saya cuba pegang sebagai panduan hidup saya semoga ia dapat mebantu saya untuk melalui jalan yang lurus itu...Insya'Allah..

Rabu, 10 Mac 2010

hakikatnya...



hakikatnya....seseorg hamba yang memahami erti cinta sejati terhadap lawan jenisnya adalah hanya org2 yg memiliki kemampuan berfikir.. cuba perhatikan potongn firman Allah di bawah..

"
dan antara ayat2(keterangan)Nya juga,bahawa Allah mnjadikan isteri bgmu, yg sebangsa dgnmu, supaya kamu boleh kamu diam(mengalami hidup yg tenang dan damai)bersama-sama dia,serta berkasih sayang. sesungguhnya yg demikian itu menjadi ayat(keterangan) bagi kaum yg berfikir"

(ar rum:21)

pada firman di atas, Allah menegaskan bhw Dia mencipta "Azwajan"yg bermakna isteri utk hidup aman n tenteram. kenapa Allah tidak mengatakan "Nissaan" atau "Imraatan" yg bererti "wanita" atau "perempuan" pada firmanNya yg suci di atas? Nyatalah disini,bhw
kasih syg n perasaan cinta seorg lelaki hnya dibenarkn kpd isterinya shj.. begitulah sebaliknya..

Ini menggambarkan Islam mengajarkan
"bernikah dahulu baru bercinta" .namun, islam tak melarang pemeluknya utk merisik seseorg utk dijadkan isteri melalui cara dan etika yg dibenarkan..sprti melihat wajah n tapak tgn..


sekarang,
bagaimana syaitan menyalah gunakan cinta antara lawan jenis atau sesuatu pasangan yg hendak bernikah? dinafikan atau tidak,pada zaman ini rmi yg terperangkap pada jerat syaitan. dah ramai psgn muda mudi bahkan remaja yg belum ada sebarang ikatan dah berani saling berpandangn penuh nafsu, berpelukan...malah sehingga ke peringkat perhubungn seks.

remaja belasan tahun rata2 telah mengenal apa itu boyfren and girlfren..bahkan ada yg rasa malu jika mereka x ada teman istimewa..sesungguhnya makar syaitan telah menjadikan kehidupan manusia terbalik 100 darjat..

syaitan melalui teori psikologi cinta yg diciptakan manusia kini mengilhamkan
aliran pemikiran keji di sisi syarak. seperti pendapat yg mengatakan bhw rasa cinta adalah salah satu tabiat manusia yg normal dan wajar,oleh itu hendaklah perasaan itu diluahkan menerusi sikap2 romantik spti berpegangan tgn, berpelukan dn yg related dgnya.

mengenai
percintaan sebelum nikah pula, ada seorg ilmuan barat pernah berkata..."how can i love a person whom i dont know?how can the person love me if he does not know me?" pernyataan itu sedikit sebanyak ada benarnya.. tapi apa yg sngt dikesalkan adalah hampir keseluruhan remaja mentafsirkan bhw "org yg nak bernikah mestilah berkenalan n bercinta dulu". sebagai akibtnya,mereka bergaul bebas sblm ape2 ikatan dgn alasan utk saling memahami,menyesuaikan diri sesama mereka demi keserasian hbgn mereka stlh berkahwin.bukankah ini sgt bercanggah dgn isyarat Allah dlm surah Al-Rum ayat 21?

seterusnya, syaitan akan pasang
perangkap pada semua anggota tubuh bdn manusia dan bahkan Ia berjalan hilir mudik searah dgn peredaran darah manusia. menurut bisikan syaitan, terdapat beberapa cara utk meluahkan perasaan antara lawan jenis.mulai dgn hujung rambut ke hujung kaki..dgn demikian, ia mengajar bagaimana cara memikat melalui mata,suara,kecantikan,raut muka,cara berpakaian dan byk lagi..

renungkanlah..di mana kita meletakkan Allah dlam setiap apa yg kita buat..mintalah ampun kpd Allah jika selama ini kita mmbelakangkan cinta kpdNya..


 BERDOALAH SELALU MOGA DIKURNIAKAN CINTA YANG SOLEH...DAN INGATLAH WANITA YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK,DAN BEGITULAH SEBALIKNYA...KUATKAN IMANMU DAN SI DIA PASTI AKAN MEMBUAT PERKARA YANG SAMA...

Ahad, 7 Mac 2010

cuba renung-renung balik..


Assalamualaikum...sebagai pembuka bicara...sudah agak lama saya tidak menulis sesuatu dalam blog ini, dan sudah lama tangan ini tidak menekan papan kekunci walaupun hati saya meronta-ronta untuk memberi sedikit input tentang apa yang saya tahu untuk dikongsi...

tajuk kali ini saya pilih supaya kita semua renung-renungkan bersama..tentu anda terfikir apa yang perlu direnungkan? 


Cuba renung-renung balik, exams yang kita hadapi sekarang ini sebenarnya menuntut kita supaya mempunyai 4 sikap utama ketika melakukan pelbagai perkara atau kerja. (Pre-Exam to Exam).memandangkan sekarang sudah dekat nusim exam...
Pertamanya adalah berikhtiar atau berusaha yang bersungguh-sungguh dan
keduanya iaitu selepas itu, adalah bertawakkal. Islam tidak mengajar umatnya hanya dengan duduk diam tidak berusaha apapun dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Tak bolehlah kalau kita tak study sungguh-sungguh, faham dan hafal sampai terhadam sebaik-baiknya kemudian melangkah ke tempat exam nak bertawakkal?

Itu sudah salah konsep. Usahalah dulu bersungguh-sungguh, doa banyak-banyak kemudian, barulah bertawakkal kepadaNya iaitu menyerahkan segala kesudahan itu kepada ALLAH SWT. Sikap yang kita lakukan ini akan dapat mengusir prasangka buruk terhadap apa yang bakal kita temui nanti. Sesuatu yang buruk berlaku itu tak semestinya tak baik untuk kita, dan sesuatu yang baik itu tak semestinya baik untuk kita. Fikirkanlah... kerana hanya Allah lah yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. “Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya” (At-thalaq:3).

Maka, hati orang yang bertawakkal kepada Allah ini insya Allah akan kuat. Ia tidak dapat dipengaruhi bermacam prasangka buruk, dan juga tidak dapat digoncang oleh pelbagai peristiwa yang terjadi. Apa-apa yang berlaku dia redha dan terima. Dia yakin Allah akan menjamin sepenuhnya orang yang telah bertawwakal kepada-Nya dan yakin akan janji-Nya. Dengan sikap ini akan hilanglah kegusaran dan kegelisahan. Sesuatu kesulitan berubah menjadi kemudahan, yang berasa takut akan menjadi aman dan yang kesedihan menjadi kegembiraan. Insya Allah... "
Karena Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (Al-Insyrah: 5-6)

Namun, saya berpendapat USAHA yang SUNGGUH-SUNGGUH dulu adalah penting sebelum kita mahu bertawakkal menyerahkan penentuan kepada Allah. Tanpa usaha itu, janganlah nak mengharap Allah akan menentukan kejayaan kepada kita hasil usaha yang tak seberapa itu. Kadang-kadang kita kata kita dah usaha betul-betul tapi masih tak dapat markah yang baik. Betul ke? Cuba cermin balik diri tu, betul ke kita dah berusaha? Dah faham & hafal betul-betul ke? Dah hadam dengan baik-baik ke? Kalau betul-betul dah, kenapa masih mahu meragui tawakkal kita padaNya?.... “Jangan sampai ujian yang beberapa hari ini saja akan menghapus syukur kita atas nikmat Allah selama ini, itu sebuah kesalahan besar, perbanyak istighfar, mudah-mudahan Allah memaafkan dan memberi jalan keluar kepada kamu....” (Post-Exam)

Kemudian, yang
ketiga dan keempat adalah sabar dan syukur. Inilah senjata utama setiap muslim dalam hidupnya. Sebahagian hidupnya mestilah diisi dengan rasa sabar terhadap pelbagai dugaan, cabaran dan masalah yang menimpanya dan selebihnya diisi dengan rasa syukur apabila datang nikmat daripada-Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sungguh luar biasa urusan seorang mukmin itu, sesungguhnya setiap urusannya itu akan mendatangkan kebaikan untuknya. Bila ia mendapatkan kesenangan, dia bersyukur dan itu adalah kebaikan untuknya. Bila ia mendapatkan musibah, dia bersabar dan itu adalah kebaikan untuknya. Hal itu tidak diberikan untuk sesiapa pun kecuali untuk seorang mukmin.” (Muslim)

Kita sering merungut apabila kita tidak dapat score markah yang yang baik dalam exam tu. "Russian ni.. suka sgt 'bias'... tak aci!" "Soalan ni tak pernah dengar pun...!!" "Susah giler soalan tadi..!!" "Kalau la aku study banyak sket semalam..." Itulah antara ayat-ayat yang terpacul daripada mulut kita selepas sesuatu exam. Ada pula... "Laa.. takdela susah sangat.." "Wah... sebijik apa yang aku hafal semalam.." "Cikgu tu baiklah..." "Nasib baik aku tak kena soalan bab tu..." Sabar boleh dibahagikan kepada 3;
 pertamanya dalam menghadapi musibah, misalnya dengan tidak meratap dan berkeluh kesah.
Kedua, sabar dalam menjalankan ketaatan terhadap Allah s.w.t dan
akhir sekali, adalah sabar dalam menjauhi kemaksiatan. Manakala, syukur pula bukanlah dengan hanya dengan mengucapkan hamdallah sahaja, namun dengan mengunakan jiwa raga dan nikmat-nikmat untuk mewujudkan ketaatan kepada Allah s.w.t. Satu musibah itu mestilah disyukuri juga, sebab asasnya musibah diturunkan itu adalah sebagai ujian terhadap seorang hamba atau sebagai hukuman yang disegerakan di dunia. Mengapa Allah kita selalu persalahkan? "Aku dah Usaha, Aku dah tawakkal... tapi, still tak dpt 'pyat'... huh..," inilah kadang-kadang perasaan menegeluh yang tercetus dalam hati kita. Walaupun tak diluahkan, tapi mesti ada juga sedikit kan rasa ketiadakpuasan hati itu...?

Ujian kita tak dapat markah penuh 'pyat' ni adalah antara test-test yang Allah berikan kepada kita. Allah menguji kerana cintakan hambaNya. Sesiapa yang redha, ia akan mendapat redha dari Allah pula. Boleh jadi, ia juga sebagai hukuman segera di dunia ini atas kesalahan kita lakukan iaitu sebagai penghapus dosa-dosa dan pengurang seksaan di akhirat nanti. Sebenarnya, hal ini membawa diri kita berfikir balik, adakah betul kita dah berusaha habis-habisan dan bertawakkal kepadaNya? Mungkin ada sedikit sahaja bahagian lagi yang kita tak 'complete'kan untuk membolehkan kita dapat 'pyat' tu.


Mungkin dengan ujian ini, kita dapat renung dan kaji balik mana-mana yang silap dan mesti diperbetulkan untuk masa hadapan. Kalau asyik dapat perfect je, kita kadang-kadang tu takkan tahu di mana titik kelemahan kita, dimana kesilapan kita. Secara tak langsung, ia dapat mentarbiyahkan diri kita menjadi seorang yang tidak mudah takbur dan berbesar diri hingga boleh lupa akan nikmat kurniaanNya. Oleh sebab itu lah, ketika nikmat datang, seorang hamba juga seharusnya bersabar, berwaspada dan bersyukurlah! Bersabarlah untuk tidak mudah mabuk dan alpa dalam kesenangan itu kerana nikmat yang diberikan juga boleh menyebabkan kita terseleweng dari jalan yang benar.
Usaha, Tawakkal, Sabar dan Syukur serta Ikhlas dan Husnudhan(sangka baik) merupakan kata kunci yang insya Allah akan menghantar kita untuk mencapai ridha-Nya, amiin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...