Sana sini...

Isnin, 16 Julai 2012

Doa supaya dapat membayar hutang

Doa supaya dapat membayar hutang



Maksudnya:

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.


Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.

Mee sizling

 dah lama nak buat resepi ni...asyik beli je...berbaloi buat sendiri..

 

 

Bahan-bahan ( 1 org mkn )

  • Yee mee ( 1 sanggul)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam - ikut suka, kdg2 sy pakai sos lada hitam
  • Sayur sawi
  • Carrot
  • Cendawan shitake - tp yg ni sy pakai cendawan butang jer
  • Isi ayam
  • bwg putih, halia potong dadu - utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dgn sedikit minyak dan tumis halia n bwh puti(nak letak lada kering skali pun boleh) 
  2. masukkan ayam(kalu nak letak la)
  3. masukkan 1 cawan air dan masukan semua sos2 tu
  4. masukkan sayur, cendawan carrot
  5. tggu hingga mendidih dan sayur empuk
  6. masukkan 1 sudu besar tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air
  7. lastly, masukkan yee mee dan kacau dlm 2 minit
  8. pecahkan telur dn jgn kacau.. SIAP utk Dimakan!(untuk siapa yg suka)
doa ketika bangun tidur



Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.

Khamis, 12 Julai 2012

Rindu,,,

 
RINDU.....

satu perkataan yang mudah dilontarkan oleh sesiapa sahaja. semua orang pasti merasa rindu, tidak kiralah rindu pada sesiapa, Ibu &ayah,Sahabat, atau Teman.

Tapi berapa ramaikah diantara kita meluahkan rasa rindu pada Nabi Muhammad s.a.w.


Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.

Saudaraku yang mulia, setiap hari Nabi Muhammad merindui umatnya. Setiap hari Nabi Muhammad mendoakan keampunan buat umatnya. Nabi Muhammad terlalu menyayangi umatnya sehinggakan baginda sanggup menggantikan kesakitan ketika menghadapi sekaratulmaut yang akan menimpa kita kelak.. MasyaAllah, tak mampu diungkap kesakitan saat menghapi kewafatan sehinggakan tubuh baginda yang mulia menggigil dan berpeluh menahan derita melepaskan nafas terakhirnya..Itu kesakitan yang menimpa kekasih Allah yang maksum dari sebarang dosa, bagaimana dengan kita???

Nabi Muhammad SAW sanggup menempuh semua dugaan dan rintangan semata-mata ingin menyampaikan agama suci ini buat umatnya. Baginda tak pernah mengeluh untuk memperjuangkan hak umatnya. Baginda tidak pernah walau sekalipun meninggalkan dakwahnya dek kerana kecewa atau berputus asa.. Setiap rintangan dan dugaan dihadapi demi menjamin kebahagiaan umatnya kelak di alam sana... Bayangkanlah, seorang lelaki yang mulia yang dipilih oleh Allah, begitu sekali perjuangannya demi cinta pada kita umat baginda..
marilah kita sama-sama memberikan rindu kita kepada orang yang merindui kita walaupun tidak pernah bersua muka dengan kita. seperti sebuah cerita dibawah


Kesah di dalam sebuah hadist yang di riwayatkan; Ketika Baginda tengah duduk berkumpul dengan para sahabat, Baginda bertanya kepada sahabatnya. " Wahai sahabtku, tahukah kalian , siapa hamba yang mulia di sisi Allah... ?" Para sahabat terdiam, lalu salah seorg sahabat berkata " para malaikat Ya Rasulullah, merekalah yg mulia " Baginda berkata; " Ya, Para malaikat itu mulia, mereka sentiasa bertasbih beribadah kepada Allah, tentulah mereka mulia, tapi bukan itu yg Ku maksudkan "

kemudian para sahabat kembali terdiam, Tiba-tiba salah seorang sahabat kembali berkata " Ya Rasulullah, tentulah para Nabi, merekalah yang mulia itu " Rasulullah tersenyum, Baginda berkata " Ya , para Nabi itu mulia, mereka adalah utusan Allah di muka bumi, bagaimana mungkin mereka tidak mulia, tapi ada lagi yang lainnya"

Para sahabat terdiam, tertanya-tanya. siapa lagi orang yang mulia itu ? sehingga kemudian salah seorang sahabat berkata " Ya Rasulullah, adakah kami sahabatmu Ya Rasulullah, apakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah ? "Kemudian baginda pandang satu persatu sahabat baginda sambil tersenyum, Baginda berkata," tentulah kalian mulia, Kalian dekat dengan Ku, kalian membantu perjuangganku, bagai mana mungkin kalian tidak mulia, tentulah kalian mulia , tetapi bukan itu yang ku maksudkan"

Para sahabat terdiam semuanya, mereka tak mampu berkata apa-apa lagi..... Tiba-tiba baginda merundukkan wajahnya, tiba-tiba Baginda menagis di hadapan sahabat-sahabatnya, Para sahabat pun tertanya-tanya, Mengapa Kau menagis ya Rasulullah ? Apa bila baginda mengangkat waajahnya, terlihat air mata yang berlinang membasahi pipi dan janggutnya.

Baginda berkata " Wahai saudaraku , sahabatku, Tahukah kalian siapa yang mulia itu ? Meraka adalah manusia-manusia , mereka akan lahir jauh dari wafatku nanti, mereka begitu mencintai Allah. Tahukan kalian , mereka tidah pernah memandang ku, mereka tidak pernah melihat wajah ku. Meraka hidup tidak dekat dengan ku seperti kalian, tetapi mereka begitu rindu kepada ku. Dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya, Aku pun Rindu kepada mereka. Mereka yang mulia itu, merekalah Ummatku " Tagisan Rasulullah di sambut oleh sahabat-sahabat juga dengan tangisan.

Ya Allah..tanamkanlah didalam hati kami rasa cinta & rindu kepadaMU dan Nabi Muhammad s.a.w. melebihi  yang lain...amin...Ya rasulullah...berikanlah syafaatmu kepada kami..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...