Sana sini...

Rabu, 16 Jun 2010

Kemulian Bulan REJAB..

Bulan yg dinanti2kan oleh mereka yang mencari kebajikan yang banyak. Sesungguhnya Allah menganugerahkan rahmat kepada hambaNya dalam bulan ini. Barangsiapa memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan mereka dengan seribu kemuliaan. Gandingan 3 bulan (Rejab, Sya'aban dan Ramadhan) merupakan satu tempoh yang amat berkat. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kemuliaan Rejab kerana 
Israk Mikrajnya, Sya'aban dengan malam Nisfu Sya'aban dan Ramadhan dimuliakan dengan Lalilatul Qadr. Di antara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan melipatgandakan pahala setiap amalan yang dilakukan dalam bulan ini.Antara amalan pada waktu siang ialah puasa, solat sunat, selawat, membaca al-Quran, istighfar, sedekah dan seumpamanya. Manakala waktu malam diisi dengan solat tahajud, solat sunat tasbih, zikir, tasbih, selawat, baca al-Quran dan istighfar. Allah juga melipatgandakan pahala dan keampunan serta mengangkat darjat di dalam syurga pada bulan yg mulia ini.



Selain berpuasa, umat Islam digalakkan beristighfar.Amalan sedekah juga dibalas dengan ganjaran yang banyak.Dinyatakan  bahawa barangsiapa bersedekah dalam bulan Rejab diberi ganjaran setiap sehelai bulu roma di tubuhnya dengan 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat dan dihapus 1000 kejahatan.

Begitu banyak sekali ganjaran dan kelebihan pada bulan Rejab ini namun yg lebih penting bukan setakat huraikan kelebihan, tapi sejauh mana kita amalkan atau ambil peluang dari tawaran Allah ini. Tawaran yang tiada  bandingan, kekal abadi, dan menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...