Latar belakang turunnya ayat 191 surah Ali'Imran sebenarnya sangat menggetarkan hati.Mari kita lihat peristiwa yang menjadi sebab turunnya ayat tersebut, yang dicatat oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin.
Seorang sahabat Rasulullah s.a.w .'Atha' bercerita: " Pada suatu hari aku dan Ubaid bin Umair pergi menziarahi Aisyah r.ha. dan beliau berbicara dengan kami di sebalik tirai pembatas. Ujar beliau :" Hai Ubaid, kenapa anda tidak datang-datang mengunjungi kami? ada apa dan mengapa?' Jawabku: 'disebabkan satu sabda Rasullullah s.a.w (yang bemaksud): 'kunjungan yang jarang-jarang akan menambah sayang.:" Ubaid lalu bermohon sudilah ibu menceritakan hal yang paling ajaib yang ibu lihat tentang Rasulullah s.a.w ."
Mendengar itu Aisyah pun berlinangan air mata, dan ujar beliau ." Semua ehwal baginda adalah ajaib. Suatu malam ketika giliran dirumahku, Baginda pun mendatangiku lalu bersentuhan kulit Baginda dengan kulitku. Lalu Baginda bersabda yang bermaksud :" Biarkanlah daku beribadah kepada Allah s.w.t. Lalu baginda berdiri dan menuju tempat wuduk dan berwuduk. Kemudian Baginda solat seraya menangis tersedu-sedu hingga membasahi janggut Baginda. Kemudian Baginda sujud dan menangis sehingga air mata membasahi lantai.'
Seterusnya Baginda tidur secara duduk sehingga datang Bilal mengalunkan azan subuh. Kemudian Bilal bertanya : "Ya Rasullullah , kenapa dikau menangis? Padahal Allah telah mengampuni segala dosamu yang telah lalu mahupun dosa yang akan datang?
Jawab Baginda:" Wahai Bilal, masakan daku tidak menagis sedangkan pada malam tadi Allah s.w.t menurunkan ayat ini," Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan penggantian antara malam dan siang ada pelbagai tanda untuk orang yang berfikir" Seterusnya Baginda memberi peringatan :" Sungguh celaka orang yang membaca ayat ini , tetapi tidak berfikir merenungkan mesejnya".(Tafsir al-Azim Ibn Kathir)
Lihatlah betapa Rasullullah s.a.w mengingatkan akan "kecelakaan" bagi orang yang tidak melihat alam dengan pandangan mata hati. Dan kecelakaan itulah yang menimpa umat islam ini pada masa kini.
Maka lihatlah alam, langit, bumi, matahari, bulan,hujan, bintang, haiwan,tumbuhan dan juga diri sendiri untuk mendekatkan kita kepada Allah s.w.t. Berfikir tentang keunikan,keteraturan, ketelitian dan segala yang "sempurna " akan menyebabkan hati kta mampu melihat Khalik(pencipta).Ketika itulah hati akan berbisilk, "alam ini Indah, namun Penciptanya jauh lebih indah.Alam ini sempurna, Allah tentu dan pasti lebih sempurna"...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan