Sana sini...

Khamis, 28 Julai 2011

Ayuh Kita Bercinta!





Cinta dan benci ada dua jenis. Pertama adalah cinta kerana sebab-sebab duniawi seperti paras rupa, kekayaan, kedudukan, pujian dan sebagainya. Apabila seseorang memuji kita, kita mencintainya dan apabila seseorang mencela kita, kita membencinya. Cinta dan benci jenis pertama ini lazim berlaku dalam kehidupan seharian. Pada kesempatan ini, saya ingin perkenalkan para pembaca sekalian kepada cinta dan benci jenis kedua yang mungkin jarang-jarang berlaku dalam kehidupan harian kita. Ia adalah cinta dan benci kerana Allah s.w.t..

Cinta kerana Allah adalah apabila kita mencintai seseorang disebabkan dia mentauhidkan Allah dan mengikuti risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Manakala benci kerana Allah adalah apabila kita membenci seseorang disebabkan kekurangan atau keingkarannya dalam mentauhidkan Allah dan mengikuti risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Jika kita memiliki perasaan cinta dan benci kerana Allah sebagaimana yang saya sebut di atas, maka ia adalah tanda kesempurnaan dan kemanisan iman yang terkandung dalam diri. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menolak kerana Allah, maka telah sempurnalah imannya.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4681]

Dalam sebuah hadis yang lain baginda menerangkan: “Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya dalam dirinya maka dia akan merasa kemanisan iman: (1) Bahawasanya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya berbanding selain kedua-duanya, (2) Bahawasanya dia mencintai seseorang, tidaklah dia mencintai orang itu melainkan kerana Allah dan (3) Bahawasanya dia membenci seandainya dia kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan dalam neraka.” [Shahih al-Bukhari, no: 6941]

Cinta dan benci kerana Allah bukanlah perasaan semata-semata, tetapi ia adalah gerak hati yang dibuktikan dengan perbuatan. Cinta kerana Allah terhadap seseorang, yakni terhadap seorang Muslim, minimum dibuktikan dengan mengucapkan salam dan menampakkan wajah yang manis apabila saling bertemu. Ini dilakukan tanpa mengira sama ada Muslim tersebut kita kenal atau tidak, orang Malaysia atau Bangladesh, bangsa Melayu atau Cina, berpakaian jubah atau baju T-shirt. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidaklah kalian akan memasuki syurga sehinggalah kalian beriman dan tidaklah kalian beriman sehinggalah kalian saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang jika kalian lakukan nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.” [Shahih Muslim, no: 54]

“Janganlah engkau meremehkan sedikit jua daripada perbuatan baik, sekali pun sekadar engkau menampakkan wajah yang manis kepada saudara engkau.” [Shahih Muslim, no: 2626]

Seterusnya cinta kerana Allah dilanjutkan kepada sikap setia, mengunggul, membela, menjaga maruah, menyimpan rahsia, menutup aib, memuliakan, menghormati dan sentiasa akrab di antara sesama umat Islam Ada dua perkara penting berkenaan cinta dan benci kerana Allah yang perlu kita ketahui. Pertama, ia tidak berada pada tahap yang sama, tetapi berbeza-beza lagi dinamik.

Cinta kerana Allah bertambah dan berkurang, mengikut kadar kemurnian tauhid seseorang dan kesungguhannya dalam mengikuti sunnah Rasulullah. Contohnya, cinta kita kepada seseorang yang kuat dalam berpegang kepada sunnah Rasulullah adalah lebih tinggi berbanding cinta kita kepada seseorang yang sederhana dalam berpegang kepada sunnah Rasulullah. Demikian juga, benci kerana Allah bertambah dan berkurang, mengikut kadar keingkaran seseorang terhadap Allah dan Rasulullah. Kedua, cinta dan benci kerana Allah terhadap seorang Muslim dapat berlaku serentak. Perkara ini juga lazim berlaku dalam cinta dan benci atas sebab-sebab duniawi.

Izinkan saya beri satu contoh. Saya yakin di kalangan para pembaca semuanya mencintai kucing, betul? Siapa yang tidak mencintai kucing sila angkat tangan. Nah! Katakan pada satu hari kucing yang kita cintai mencakar perabut di rumah. Di sini cinta dan benci berlaku serentak. Kita mencintai kucing tersebut tetapi dalam waktu yang sama kita membenci tindakannya yang mencakar perabut. Maka atas sebab benci, kita menegah kucing tersebut daripada terus mencakar. Namun atas sebab cinta, penegahan tersebut kita lakukan dengan penuh lemah lembut dan belaian istimewa. Demikianlah juga cinta dan benci kerana Allah yang berlaku serentak terhadap seorang Muslim.

Katakan kita memiliki rakan sebilik yang Muslim, tetapi lalai dalam mendirikan sembahyang. Di sini cinta dan benci kerana Allah berlaku serentak, dimana kita mencintainya kerana dia seorang Muslim tetapi membenci tindakannya yang tidak disiplin dalam mendirikan sembahyang lima kali sehari. Maka atas dasar benci kerana Allah, kita memberi nasihat kepadanya. Namun atas dasar cinta kerana Allah, nasihat tersebut kita berikan dalam suasana tertutup, hikmah dan bertahap-tahap.

Cinta dan benci kerana Allah secara serentak perlu kita fahami dengan kukuh lagi terperinci. Ini kerana pada masa kini berlaku fenomena seseorang itu membenci seorang Muslim yang lain secara keseluruhan semata-mata kerana satu dua kekurangan atau kesilapan yang dilakukan oleh Muslim tersebut. Ada juga yang hanya mencintai orang-orang yang berada dalam jamaahnya dan membenci orang-orang yang berada dalam jamaah lain, sekali pun kesemuanya adalah Muslim. Semua ini bukanlah cinta dan benci kerana Allah, tetapi cinta dan benci kerana hasutan syaitan dan hawa nafsu. Oleh itu marilah kita melatih diri untuk cinta dan benci kerana Allah. Cinta dan benci tersebut hendaklah kita buktikan dengan perbuatan yang adil dan tepat.




Pada Hari Akhirat kelak, Allah akan bertanya (maksudnya):

“Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana aku? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka di bawah naungan-Ku, di hari yang tiada naungan kecuali naungan-Ku.” [Shahih Muslim, no: 2566]

Tidakkah kita ingin untuk berada di bawah naungan Allah pada Hari Akhirat kelak?

Jika begitu tunggu apa lagi?

Ayuh kita bercinta!

Ayuh kita bercinta kerana Allah!

Puasa Sunat Enam Syawal




Selain puasa wajib pada bulan Ramadhan, syari‘at Islam juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin berpuasa di luar bulan Ramadhan. Ia disebut sebagai puasa sunat dan terbahagi kepada beberapa jenis. Puasa-puasa sunat adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Rasulullah s.a.w. bersabda, bahawa Allah s.w.t. berfirman (Hadis Qudsi):

“Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah melanjutkan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1151 (Kitab al-Siyam, Bab keutamaan berpuasa)] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat. Para pembaca boleh merujuk ke kitab al-Shahih al-Musnad min Fadhail al-Amal susunan Syaikh Ali bin Muhammad al-Maghribi (Dar Ibn ‘Affan, Riyadh, 2000). Di antara jenis puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Puasa sunat inilah yang akan saya kupas dalam risalah ini.

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.

Dalilnya ialah hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]


Darjat Hadis Puasa Sunat Enam Syawal.

Hadis yang menjadi dalil puasa sunat enam Syawal adalah sahih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya. Sebelum ini ada segelintir pihak yang meragui kesahihan hadis ini. Keraguan tersebut adalah sia-sia kerana hadis ini diriwayatkan dari beberapa sahabat dan memiliki banyak jalan periwayatan. Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Bassam menjelaskan:

“Hadis ini nyata kesahihannya, ia datang dengan tiga jalan periwayatan selain jalan di atas (yang dikemukakan oleh Imam Muslim). Ia juga diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dengan tiga wajah (yang berlainan) sehingga dikatakan: Sesungguhnya ia adalah hadis mutawatir. Ini kerana al-Dimyathi telah menghimpun semua jalan periwayatan hadis ini dan sanadnya dari dua puluh orang perawi, kebanyakan mereka hafiz dan thiqat.” [Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 3, ms. 533]


Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.

Hukumnya adalah sunat sebagaimana jelas Syaikh Abdullah al-Bassam: “Disunatkan berpuasa enam hari (dibulan Syawal), ini merupakan mazhab al-Salaf dan al-Khalaf serta jumhur ilmuan, termasuklah Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafi’e dan Imam Ahmad.” [Taudhih al-Ahkam, jld. 3, ms. 533]

Imam Malik menganggap hukumnya makruh. Sebabnya dijelaskan oleh Imam Ibn Rusyd (595H): “Dan ada pun (puasa) enam hari dari bulan Syawal, maka sesungguhnya telah sabit bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” Walaubagaimana pun (Imam) Malik menganggap hukumnya makruh. (Anggapan ini) mungkin kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan, atau mungkin kerana hadis tersebut tidak sampai kepadanya, atau mungkin kerana hadis itu tidak sahih disisinya. Kemungkinan yang terakhir adalah yang lebih tinggi.” [Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtashid (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1996), jld. 3, ms. 209]

Sebahagian ilmuan dari Mazhab Hanafi ada juga yang menganggap hukumnya makruh atas sebab-sebab yang sama dengan Mazhab Maliki. Akan tetapi jumhur Hanafiyah menganggapnya tidak mengapa, yakni membolehkannya. [Ibn ‘Abidin – Rad al-Muhtar ‘ala al-Dur al-Mukhtar fi Syarh Tanwir al-Abshor (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut tp.thn), jld. 3, ms. 435]


Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Sa‘id al-Khudri berkata: “Nabi s.a.w. melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.” [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1991 (Kitab al-Shaum, Bab berpuasa pada hari Aidil Fitri).]


Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan. Hanya saja terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan: Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara rambang?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara rambang asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah s.a.w. menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah bulan Syawal.

Walaubagaimana pun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan keumuman firman Allah s.w.t.: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Ali Imran 3:133]


Tidak Ada Hari Raya Selepas Puasa Sunat Enam Syawal.

Sebahagian orang ada yang menyambut Hari Raya pada 1 Syawal dengan perasaan hambar dan kekosongan. Bagi mereka, Hari Raya yang memiliki erti sambutan dan kegembiraan sepenuhnya ialah pada hari selepas mereka menggenapkan puasa sunat enam Syawal.

Ini adalah satu bid‘ah yang mungkar. Hari perayaan keagamaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Dua hari ini bukanlah sesuatu yang dibuat-buat manusia tetapi disyari‘at oleh tuhan yang mencipta manusia, yakni Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mengantikan untuk kalian dua perayaan yang lebih baik dari perayaan (zaman jahiliyah), iaitu (perayaan Aidil) Adha dan (perayaan Aidil) Fitri.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 1134 (Kitab al-Solat, Bab solat dua hari raya)]

Oleh itu hari perayaan keagamaan dalam Islam hanya dua, iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha. Hanya pada dua hari inilah kita menyambut dengan penuh kegembiraan kerana ia disyari‘atkan oleh Allah s.w.t.. Tidak ada hari perayaan sempena genapnya puasa sunat enam Syawal.


Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.

Wujud perbincangan di kalangan para ilmuan, adakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Perbincangan ini membuahkan dua pendapat.

Pendapat Pertama membolehkannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah berkata: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban kerana sibuk (melayani) Rasulullah s.a.w..” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1146 (Kitab al-Siyam, Bab mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Syawal). Dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayai Rasulullah” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yangbernama Yahya bin Sa‘id.]

Para ilmuan yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah, yakni Aisyah, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua tidak membolehkannya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”

Rasulullah s.a.w. mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Pendapat yang rajih (kuat) ialah pendapat kedua kerana lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini ditambah dengan ayat 133 surah Ali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih disegerakan dari amal yang sunat.

Ada pun dalil yang digunakan oleh pendapat pertama, ia hanya satu andaian. Mereka hanya membuat andaian bahawa Aisyah telah berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal. Yang benar Aisyah tidak menerangkan sedemikian. Bahkan jika diperhatikan dengan cermat keterangan Aisyah, terdapat isyarat bahawa beliau juga tidak berpuasa sunat enam Syawal. Ini kerana jika beliau sentiasa sibuk melayani Rasulullah sehingga ke bulan Sya’ban, bererti beliau sememangnya tidak sempat untuk berpuasa tanpa mengira sama ada ia puasa wajib (mengqadha puasa Ramadhan) mahu pun puasa sunat (enam Syawal).

Di sini mungkin ada yang bertanya: “Ehh! Takkanlah isteri Rasulullah tak puasa sunat enam Syawal?” Pertanyaan ini dijawab, bahawa umat Islam generasi awal, termasuklah Aisyah, tidak memahami Islam dalam bentuk juzuk-juzuk kecil sebagaimana yang difahami oleh umat Islam masa kini. Mereka memahami Islam dalam konteks yang luas lagi jauh ke hadapan. Bagi mereka, amal yang memberi manfaat kepada orang ramai diunggulkan di atas amal yang memberi manfaat kepada diri sendiri. Amal yang besar manfaatnya diunggulkan di atas amal yang sederhana manfaatnya. Amal yang memiliki manfaat jangka panjang diunggulkan di atas amal yang memiliki manfaat jangka pendek.

Justeru jika Aisyah tidak berpuasa sunat enam Syawal, ia bukanlah satu kekurangan. Ini kerana memberi tumpuan melayani Rasulullah s.a.w. memiliki manfaat yang besar untuk umat Islam seluruhnya untuk jangka masa yang panjang.


Ibadah Puasa Bukan Syampu Rambut 2 Dalam 1.

Terdapat pandangan yang amat masyhur di Malaysia yang membolehkan puasa dua dalam satu, iaitu puasa qadha Ramadhan dan puasa sunat Syawal dilaksanakan dalam satu hari. Ramai agamawan yang menyampaikan petua ini tanpa mengemukakan apa-apa dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Tidak kurang pula, ramai orang bukan agama yang menerima petua ini tanpa bertanya apakah dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih yang membolehkannya. Mereka menjadikan persoalan ini semudah syampu rambut 2 dalam 1.

Padahal ia adalah satu persoalan yang amat berat. Prof. Dr. Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah (1394H) menjelaskan:

“Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. Dalilnya ialah firman Allah: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya. [al-Baiyinah 98:05].

Ikhlas yang dimaksudkan dalam firman Allah ini ialah mengikhlaskan amal ibadah yang disuruh dengan cara yang disuruh. Demikian menurut Imam Malik, al-Shafi‘e dan Abu Sulaiman. Kemudian perhatikanlah pula hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim daripada A'isyah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amal yang tidak ada atasnya tuntutan (ajaran) kami, maka amalnya itu tertolak.

Maka sesiapa mencampur adukkan sesuatu amalan dengan amalan lain, bererti telah melakukan suatu amal yang tiada dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan tiada dibenarkan oleh Allah s.w.t.. Kerana itu, amalan sebegini tidak diterima.” [Pedoman Puasa (Thinker’s Library, Kuala Lumpur, 1996), ms. 136-137]

dipetik dari :Hafiz Firdaus Abdullah.net

Kisah Hidup Kamal Artartuk

Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Adajuga yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.



H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):

Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel...... Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Belaiu telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamlkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.

Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).

Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah belaiu mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluan kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.

Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 - 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.

Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.

Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.

Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah cuba memeujuk Ataturk tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai."

Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan belaiu telah diserati oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.

Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memeasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.

Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalahadalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.

Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.

Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundarkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, "Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam". Syeikhul Islam, Mustafa sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dang mengulingkan baginda. Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami."

Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.

Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dala tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.

Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendikan sebuah gedung.

Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.

Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.

Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Belai membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidentnya sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama latifah hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamnya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk.

Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak belaiu disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M).

Dipetik dari ENSIKLOPEDIA ISLAM SAFIR

Khutbah Terakhir Nabi MUHAMMAD S.A.W

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."




Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...

Rabu, 4 Mei 2011

Pembaharuan Perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi

I. Kelahiran Salahuddin

Berasal dari keluarga yang mempunyai keturunan yang mulia inilah, Salahuddin Yusuf bin Ayyub dilahirkan pada tahun 532 H bersamaan 1137M. Tempat lahirnya ialah di kota Tikrit. Tikrit adalah sebuah daerah yang hampir dengan kota Baghdad. Di sini terdapat sebuah kota yang kukuh terletak di tebing sungai Dijlah.

Kota ini telah dibina oleh raja-raja Parsi di zaman lampau di sebuah kawasan dataran berbatu. Kota ini digunakan untuk menyimpan berbagai khazanah, disamping bertindak sebagai tempat mengintip pergerakan musuh. Daerah ini telah dibuka oleh orang-orang Islam pada tahun 16 H, di zaman pemerintahan Umar bin Al-Khattab RA.

Setelah itu daerah ini bersilih ganti jatuh ke tangan beberapa buah kerajaan Islam, sehinggalah akhirnya ia jatuh ke tangan kerajaan bani Seljuk. Ayyub bin Syazi ayahanda Salahuddin telah berhubing dengan salah seorang pegawai dan pemerintah pasukan polis bani Seljuk di Baghdad di waktu itu adalah Mujahiduddin Bahruz.

Mujahiduddin Bahruz telah melantik Ayyub menjadi penguasa di kota Tikrit, manakala saudaranya Syirkuh Asaduddin telah dilantik sebagai penolongnya. Jawatan kedua beradik ini menyerupai pemerintah Tikrit dalam ertikata yang sebenarnya.

Kedua beradik ini datang ke bumi Iraq dari sebuah kampung terpencil di hujung sempadan Azerbajian, di satu kawasan yang dikenali dengan nama Dawyin, berhampiran dengan daerah Aran. Keturunan keduanya sebagaimana yang disebutkan sebelum ini adalah dari kabilah Kurdi Rawwadiah. Mereka telah menetap di Tikrit dan bertugas dalam pasukan polis Bahruz.

Apa yang peliknya ialah kelahiran Salahuddin serentak dengan hari Mujahiduddin Bahruz memerintahkan Najmuddin Ayyub dan saudaranya Syirkuh meninggalkan bandar Tikrit, yang disebabkan tindakan Syirkuh membunuh salah seorang pengawal keselamatan di kota Tikrit yang cuba mengganggu kehormatan seorang gadis. Syirkuh telah bertindak membunuh pengawal tersebut demi menjaga kehormatan dan maruah gadis terbabit, yang meminta pertolongan daripadanya.

Berikutan kejadian Bahruz berada dalam keadaan dilema, sama ada mengekalkan Syirkuh di kota Tikrit atau memerintahkannya supaya meninggalkan kota itu. Bahruz bimbang jika ia mengekalkan Syirkuh dan saudaranya itu menjadi penguasa Tikrit, pengawal-pengawal lain akan membalas dendam. Tidak ada cara lain untuk mengatasi masalah ini kecuali menyuruh Najmuddin dan saudaranya itu meninggalkan kota Tikrit. Mujahiduddin Bahruz datang sendiri bertemu dengan keduanya dan menyatakan rasa bimbangnya akibat peristiwa itu, dan meminta mereka berdua keluar dari Tikrit pada malam itu juga. Kedua bersaudara ubu jekyar dari Tikrit menuju ke Mausul dengan membawa keluarga masing-masing. Salahuddin turut serta dalam perjalanan ini.

Pengarang buku "Wafiat Al-A'yan" menjelaskan ayahanda Salahuddin, iaitu Najmuddin Ayyub pernah menunjukkan reaksi kurang senangnya terhadap Salahuddin ketika melarikan diri dari kota Tikrit. Najmuddin pernah berhasrat untuk membunuh Salahuddin, apabila anaknya itu menjerit di dalam perjalanan, tetapi salah seorang pengikut Najmuddin memberi amaran kepadanya supaya melupakan niatnya itu dengan menegaskan: "Wahai tuan yang mulia, saya melihat tuan begitu bersedih dan menunjukkan reaksi kurang senang terhadap anak ini.

Apakah dosanya maka tuan berusaha membunuhnya? Atas alasan apakah tuan sanggup berbuat demikian?. Tindakan tuan ini tidak sedikitpun bermanfaat dan tidak dapat memudaratkan perjalanan ini, malah tidak akan mendatangkan apa-apa faedah. Apa yang berlaku pada tuan ini adalah ketentuan qadak dan qadar Allah. Manalah tahu suatu hari nanti anak tuan ini akan menjadi seorang raja yang agung, masyhur dan terkenal di seluruh pelosok dunia.

Manalah tahu suatu hari nanti Allah memberikan kedudukan yang begitu tinggi kepadanya, kerana itu berikanlah sepenuh perhatian kepada anak tuan yang tidak berdosa dan tidak mengenal kesusahan yang sedang tuan hadapi ini". Ucapan ini memberi kesan kepada Najmuddin Ayyub, lantas beliau menarik balik hasratnya dan kembali memberi tumpuan sepenuhnya kepada anaknya itu.




II. Kehidupan Salahuddin Al-Ayyubi

Najmuddin Ayyub dan saudaranya Syirkuh meninggalkan Baghdad menuju ke Mausul. Di sini keduanya berkhidmat dengan Imaduddin Zanki yang mengalu-alukan kedatangan mereka, malah memberi berbagai hadiah dan layanan istimewa kepada keduanya. Sambutan hangat dan kemuliaan yang diberikan oleh Imauddin Zanki ini disebabkan tindakan Najmuddin dan saudaranya Syirkuh menyelamatkan Imaduddin Zanki dari dibunuh dan menjadi tawanan kerajaan bani Seljuk. Imaduddin Zanki pernah memerangi kerajaan bani Seljuk di kota Tikrit beberapa hari.

Kebetulan pada masa itu Bahruz menjadi penguasa kota Baghdad bagi pihak kerajaan bani Seljuk. Sebelum ini telah dijelaskan Syirkuh dan saudaranya Najmuddin pernah dilantik oleh Bahruz menjadi penguasa di kota Tikrit bagi pihaknya. Serangan yang dilakukan oleh Imaduddin Zanki menatijahkan beliau mengalami kekalahan teruk di hadapan tentera bani Seljuk.

Ketika mengundurkan diri ke Mausul, Imaduddin melalui kota Tikrit. Nyawa beliau dan bala tenteranya berada di tangan penguasa kota Tikrit iaitu Najmuddin dan saudaranya Syirkuh. Jika Najmuddin mahu ia boleh membunuh kesemua bala tentera Imaduddin Zanki, namun ia lebih suka memberi layanan yang baik kepada musuh kerajaan bani Seljuk itu, dan memberikan bantuan-bantuan yang perlu sehingga akhirnya Imaduddin Zanki selamat sampai di Mausul.

Layanan dan akhlak yang baik ini rupa-rupanya telah mendatang natijah yang baik dalam membina kerajaan bani Ayyub dan menegakkan kemuliaan Islam di kemudian hari oleh Salahuddin Al-Ayyub. Sebagai membalas jasa keduanya Imaduddin Zanki telah memberi sambutan yang meriah kepada mereka. Selain itu Imaduddin juga menghadiahkan sebidang tanah supaya mereka dapat hidup dengan selesa di Mausul.

Najmuddin dan saudaranya berserta Salahuddin tinggal bersama Imaduddin Zanki dibawah layanan yang cukup istimewa dan penuh kemuliaan, malah Imaduddin menyerahkan kepada Najmuddin dan Syirkuh urusan ketenteraan. Ketika kota Ba'albak jatuh ke tangan Imaduddin pada tahun 534H, beliau telah melantik Najmuddin sebagai gabenor di kota ini. Ini menunjukkan betapa erat dan ikhlasnya hubungan antara Imaduddin Zanki dengan Najmuddin.

Salahuddin menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Ba'albak. Inilah tahun-tahun yang paling bahagia bagi Salahuddin menghabiskan zaman kanak-kanaknya. Salahuddin dibesarkan dengan penuh semangat keberanian dan kapahlawanan. Beliau dilatih menghadapi peperangan dan jihad, mempraktikkan siasah negara dan segala urusan yang berkaitan, sebagaimana kata penyair:

"Anak muda kita membesar di kalangan kita, mengikut tradisi yang biasa dilalui oleh bapanya"

Masa-masa yang dihabiskan oleh Salahuddin di Damsyik setelah kota itu jatuh ke tangan Nuruddin bin Imaduddin Zanki, adalah hari-hari yang paling cemerlang dalam hidupnya. Di sinilah keperibadian dan bakat beliau menonjol sehingga menerima pujian dan sanjungan dari masyarakat, malah beliau mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari anak pemerintah Damsyik sendiri. Salahuddin muncul di tengah-tengah masyarakat sebagai seorang pemuda yang tenang, beradab dan kuat pegangan agamanya.

Semangatnya untuk membela Islam dan kaum muslimin berkobar-kobar di dalam jiwanya. Ini sedikit sebanyak berpunca dari pengaruh Nuruddin Zanki sendiri yang pada masa itu adalah seorang yang mempunyai akhlak yang mulia dan telah memberikan Salahuddin kedudukan yang istimewa di sampingnya. Di antara jawatan yang disandang oleh Salahuddin sewaktu di Damsyik ialah sebagai ketua polis Damsyik. Salahuddin telah melaksanakan tugasnya dengan baik dan berjaya membersihkan bandar Damsyik dari pencuri dan penceroboh.

Akhirnya keamanan dan kestabilan menyelubungi seluruh bumi Syam. Rakyat merasa diri dan harta mereka aman dan mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Inilah dikenali dengan nama Arqalah Ad-Dimasyqi menggambarkan kegembiraannya apabila Salahuddin memegang jawatan ketua polis Damsyik:

"Berhati-hatilah wahai pencuri-pencuri negeri Syam. Aku ingin menasihatkan anda sekalian. Sekarang serupa namanya dengan Nabi Yusuf yang empunya hujah dan kecantikan, telah datang. Kecantikan Nabi Yusuf menyebakan terpotongnya tangan gadis-gadis yang melihatnya, manakala Yusuf Salahuddin pula memotong segala tangan-tangan yang mencuri."

Tempoh masa yang dihabiskan oleh Salahuddin di Mesir pula merupakan tempoh masa yang paling kemuncak bagi beliau, kerana pada masa itu sikap kepahlawanannya terserlah, manakala kemahiran dan kepintarannya dalam siasah peperangan mula menonjol. Ketika Syawar As-Sa'di memberontak menentang kerajaan Fatimi di Mesir pada tahun 558H, beliau telah meminta pertolongan Nuruddin Zanki dari Damsyik.

Pada peringkat awalnya Nuruddin merasa ragu dengan permohonan itu tetapi kemudiannya beliau mengubah fikiran lalu menghantar panglima agungnya Asaduddin Syirkuh yang turut disertaioleh anak saudaranya Salahuddin yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan unggul dalam seni-seni peperangan dan pertempuran bersama dengan bapa saudaranya Syirkuh berjaya meletakkan Mesir di bawah pemerintahan Nuruddin pada tahun 546H.

Kesimpulannya zaman kanak-kanak Salahuddin penuh dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Zaman inilah beliau dapat bergaul dengan para amir, panglima-panglima tentera, mempelajari seni kemahiran peperangan, menunjukkan semangat yang tinggi untuk membela Islam, dan berani, baik dari sudut material mahupun dari sudut tatasusila. Sifat-sifat inilah yang melayakkannya menjadi tokoh ulung lagi cemerlang yang berjaya menggegarkan dunia dan menukar perjalanan sejarah.




III. Salahuddin Sebagai Menteri Kerajaan Fatimiah

Asaduddin Syirkuh meninggal setelah dua bulan memegang teraju menteri kerajaan Fatimiah. Salahuddin berkabung kerana kematian bapa saudaranya itu selama tiga hari. Sementara itu, khalifah mula memikirkan untuk memilih Salahuddin sebagai menterinya. Beliau telah membuat keputusan untuk melantik Salahuddin sebagai menterinya sebagai menggantikan Asaduddin Syirkuh, walaupun umur Salahuddin pada masa itu terlalu muda dan masih ramai panglima-panglima agung yang lain yang turut serta dalam barisan tentera Syam.

Ahli sejarah menjelaskan sebab pemilihan ini ialah khalifah bermaksud ingin mengawal Salahuddin dan menjadikan beliau orang suruhannya, tetapi keadaan tidak menyebelahinya. Salahuddin dilantik menjadi menteri ketika berumur 32 tahun setelah terlatih dalam beberapa peperangan dan mecedok pengalaman yang berharga ketika bersama bapa saudaranya Asaduddin Syirkuh. Inilah yang menyebabkan kedudukannya begitu cemerlang.

Salahuddin seorang menteri yang baik. Beliau berjaya mengambil hati rakyat Mesir supaya tidak berpakat dengan amir-amir yang lain menentangnya. Beliau memeberikan bantuan yang melimpah ruah kepada rakyat dan berurusan dengan mereka dengan lembut dan penuh toleransi, menyebabkan beliau sangat-sangat disukai dan dikasihi oleh rakyat jelata. Diantara faktor yang meningkatkan lagi kemasyhurannya ialah kejayaan beliau mengalahkan tentera salib Perancis yang menyerang Dimyat dan Ghizzah serta kejayaan beliau menguasaai bandar Aqabah.

Bandar ini adalah kunci Laut Merah bagi para jemaah haji Mesir khususnya dan kaum muslimin amnya untuk ke Mekah Mukarramah. Kejayaan menguasai jalan penting ini menjadi faktor utama kepercayaan dan keikhlasan penduduk Mesir kepada beliau. Ini sekaligus menjadi faktor utama mereka meninggalkan mahzab syiah dan bergabung dengan saudara-saudara mereka dari kalangan ahli Sunnah Wa Al-Jamaah, di bawah panji-panji Salahuddin, yang memerangi musuh-musuh Allah, golongan kuffar dan tentera Salib yang zalim dan penghasad dengki itu.



IV. Sebab dan Dorongan Berlakunya Perang Salib

Peperangan ini tercetus oleh banyak faktor. Antaranya:

1. Dorongan Hasad Dengki Sekian Lama Pihak Salib Terhadap Islam Dan Umat Islam.
Ini berikutan Kejayaan umat Islam menguasai Baitul Maqdis dan meletakkannya di bawah keadilan pemerintahan Islam di samping pembukaan yang terbentang luas yang dilakukan oleh tentera Islam ke atas wilayah-wilayah di kawasan Asia, Afrika dan juga Eropah yang sebelumnya berada di bawah pengaruh Kristian.
2. Kota Konstintiniyah terancam oleh penguasaan Seljuk Islam, setelah mereka berjaya menghampiri kota itu. Oleh itu Emperor Baizantin Alexius Comnenus meminta bantuan daripada negara-negara Kristian untuk menentang umat Islam.
3. Pembohongan yang dilakukan oleh para jemaah haji Kristian yang pulang ke Eropah setelah menunaikan haji ke Baitul Maqdis tentang kezaliman dan pembunuhan yang dihadapi oleh mereka dari pihak kaum muslimin. Antara yang paling kuat sekali menghasut dan menaburkan fitnah di sana ialah Patriach Ermite.
4. Semangat keagamaan
Wujud semangat keagamaan di kalangan orang-orang Kristian untuk membebaskan Baitul Maqdis daripada tangan kaum muslimin dan mendapatkan pengampunan dosa dan kesalahan bagi setiap orang yang turut serta dalam peperangan Salib. Perhimpunan-perhimpunan yang diadakan oleh pihak gereja dan pidato-pidato berapi-api daripada pihak Uskup, Rahib dan Pope adalah teknik yang paling berkesan dalam menaikkan keagamaan di kalangan orang-orang Kristian dan untuk memonopoli semangat itu.
5. Kecenderungan kerajaan Fatimiah di Mesir mengadakan pakatan dan kerjasama dengan kerajaan Baizantin bagi menentang kaum muslimin Seljuk, dalam usaha mendapatkan kembali wilayah-wilayah yang dikuasai oleh kaum muslimin Seljuk itu.

Di antara yang perlu disebut di sini ialah Pope telah menyampaikan pidato penting dalam perhimpunan Clirmont di Perancis,yang terakhir dengan pengisyitiharan perang Salib ke atas dunia Islam pada tahun 488H dan permusuhan terhadap Islam dan kaum muslimin. Di antara isi pidatonya ialah:

"Peperangan ini bukan untuk menguasai satu bandar sahaja, malah seluruh kawasan Asia dengan segala kekayaan dan khazanahnya yang tidak terhingga. Jadikanlah kubur suci Nabi Isa sebagai pengkalan untuk bergerak dan bebaskanlah bumi-bumi suci daripada tangan-tangan kaum perampas. Anda sekelian sebagaimana yang dinyatakan oleh Tawrat adalah bumi yang akan melimpahkan kepada kita susu dan madu."




V. Sebab-sebab Kemenangan Salahuddin Dalam Pertempuran Hittin

Sebelum ini telah dijelaskan Salahuddin berjaya membenuk sebuah kerajaan yang besar yang merankumi utara Iraq atau Kurdistan, Syam, Mesir, Barqah dan lain-lain. Kejayaan Salahuddin ini memudahkan beliau menyediakan persiapan bagi memerangi tentera salib dan membebaskan Baitul Maqdis serta wilayah-wilayah lain yang tunduk kepada pemerintahan dan kekuasaan mereka.

Salahuddin menuggu kesempatan yang baik untuk bertindak dan memberi pengajaran kepada mereka dengan pengajaran yang mereka tidak akan lupa buat selama-lamanya, disebabkan oleh keganasan dan jenayah-jenayah yang mereka lakukan ke atas Baitul Maqdis, Masjidil Al-Aqsa dan para penduduknya sebelum itu.

Masa untuk bertindak bagi Salahuddin tiba, apabila Raynald pemerintah Salib di Karak menyerang kafilah dagangan Salahuddin pada tahun 582H. Wilayah Karak terletak antara negara Mesir dan Syam. Salahuddin sendiri mempunyai perjanjian dengan kerajaan ini. Di antara perjanjian ialah kafilah-kafilah dagangan Islam dibenarkan berulang-alik antara Mesir dengan Syam dengan aman dan selamat. Begitulah sebaliknya.

Hasil pencerobohan Raynald ke atas kafilah dagangan Islam manakala harta benda mereka dirampas. Ahli-ahli sejarah melaporkan ketika kafilah dagangan kaum muslimin jatuh ke tangan Raynald, beliau mempersendakan agam Islam dan Nabi Besar Muhammad SAW. Raynald pernah berkata:

"Jika anda semua yakin kepada ajaran Muhammad, panggillah ia supaya membebaskan anda semua dan menyelamatkan anda dari keadaan yang sedang anda tempuhi sekarang"

Apabila berita ini sampai ke pengetahuan Salahuddin, bukan main kepalang marahnya beliau kepada Raynald, sehingga beliau bersumpah jika beliau berjaya menawan Raynald, beliau akan membunuhnya dengan tangan beliau sendiri. Pencerobohan yang dilakukan oleh pihak Salib ini memberi ruang kepada Salahuddin melancarkan perang menentang tentera Salib dan memberi pukulan teruk kepada mereka.

Nama Salahuddin tersebar ke Eropah dan menjadi bahan perbualan kaum ibu bagi menakutkan anak-anak mereka Salahuddin menunjukkan moral yang tinggi terhadap musuhnya yang tidak berdaya, tidak sebagaimana layanan kaum Salib terhadap tawanan Islam. Beliau melayan dengan baik para tawanan, kaum wanita dan kanak-kanak salib sehingga perkara ini menjadi kebanggaan sejarah dan contoh tauladan kepada generasi selepas beliau.

diambil dari darurulnuman...enjoying

Selasa, 19 April 2011

SOAL DAN JAWAB...semoga bermanfaat...

Assalamualaikum...semasa online saya membuka pages hafizfirdaus, terdetik pula hendak kongsikan sesuatu dengan teman-teman semua...yang saya rasa sangat menarik...

SOALAN : Ibu saya memakaikan tangkal kepada adik saya yang masih bayi. Tangkal itu diperolehi daripada seorang ustaz, bertujuan mengelakkan sesuatu yang buruk. Adakah boleh dipercayai amalan seperti ini?



Jawapan:

Amalan ini tidak akan mengelakkan pemakainya dari sebarang keburukan, bahkan akan menambah keburukan kepadanya. Pada zaman Rasulullah, ada seorang lelaki yang memakai ikatan di tangannya umpama tangkal. Apabila ditanya oleh Rasulullah apakah itu, dia menjawab: “Aku menjadikannya sebagai pelindung dari penyakit al-Wahinah.” Lalu Rasulullah bersabda: “Tiadalah ia menambah bagi kamu kecuali kelemahan (yakni bertambah-tambah sakit). Lemparkan ia daripadamu, kerana sesungguhnya jika kamu mati dan ia berada di atasmu, tidaklah ia akan membantu kamu selama-lamanya (yakni di Hari Akhirat).” [Riwayat Ahmad, al-Targhib wa al-Tarhib, no: 5067 dengan sanad hasan]

Lebih dahsyat, tangkal merupakan satu amalan syirik kerana orang yang memakainya atau memakaikannya kepada orang lain sedikit atau banyak akan mengharapkan kekuasaan dari tangkal tersebut. Padahal harapan tersebut hendaklah difokuskan kepada Allah sahaja. Oleh kerana itulah dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menegaskan: “Sesiapa yang menggantung tangkal maka sungguh dia telah berbuat syirik.” [Riwayat Ahmad, al-Targhib wa al-Tarhib, no: 5065 dengan sanad hasan]

Mungkin ada yang berhujah, tangkal hanyalah jalan tengah antara pemakai dan Allah. Allah jua yang akan membantu dan melindungi. Hujah ini dipatahkan oleh hadis berikut: “Sesiapa menggantung tangkal maka Allah tidak akan menyempurnakan baginya (hajatnya).” [Riwayat Ahmad, al-Targhib wa al-Tarhib, no: 5064 dengan sanad hasan]

Perhatikan dalam hadis-hadis di atas, Rasulullah menyebut tangkal secara umum tanpa membezakan sama ada ia dijampi dengan ayat al-Qur’an atau selainnya, sama ada ia dijampi oleh seorang ustaz, imam atau sesiapa jua. Asalkan ia adalah tangkal dalam apa jua bentuk, maka ia adalah syirik, diabaikan oleh Allah dan menambah keburukan di sebalik apa yang diharapkan. Justeru hendaklah anda segera membuang tangkal pada adik anda tersebut kemudian menjelaskan kepada ibu hukum tangkal di dalam Islam.


Soalan:

Adakah batal solat jika ketika membaca surah, saya terlupa lalu menukar kepada membaca surah yang lain?


Jawapan:
Asalkan surah-surah selain al-Fatihah, maka boleh menukar surah dan ia tidak membatalkan solat. Berbeza dengan surah al-Fatihah, membacanya adalah wajib pada setiap rakaat dan menukarnya dengan surah lain membatalkan solat.

SOALAN:

Saya ingin mengikuti sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam dalam etika duduk. Bagaimanakah baginda duduk ?

Jawapan HF:

Alhamdulillah, ini adalah satu keinginan yang baik lagi mulia. Allah Ta ‘ala berfirman:

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [‘Ali Imran 3:31]

Ada beberapa hadis dalam bab ini, antaranya:

[1] Duduk bersila:

Jabir bin Samurah radiallahu-anhu berkata:

Adalah Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam setelah bersembahyang Fajar (Subuh), baginda duduk bersila di tempatnya sehinggalah terbitnya matahari yang indah (keputihan sinarnya).

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan lain-lain, dinukil dan dinilai sahih oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin (tahqiq & takhrij Shaikh Syu‘aib al-Arnuth; Maktabah al-Ma’mun, Jeddah 1996) – no: 821.

[2] Duduk di atas sebelah kaki manakala sebelah lagi diangkat dan dipaut dengan tangan.

Abdullah ibnu Umar radiallahu ‘anhuma berkata:

Saya melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam di halaman Ka’bah, beliau duduk dengan menegakkan kedua lututnya, (iaitu) dengan melingkar kedua tangannya ke sekeliling lututnya, dan ini cara duduk al-Qurfusaa’.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan dinukil oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin – no: 822.

Duduk al-Qurfusaa’ adalah duduk mencangkung di atas sebelah lutut manakala lutut yang lain dilipat dan diangkat ke atas dan dipautnya dengan tangan sehingga bahagian peha mendekati badan atau perutnya. [Lihat Al-Alamah Muhammad bin ‘Allan: Daliil al-Falihin li Thariq Riyadus Salihin (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1995), 3/272].

[3] Duduk bertinggung.

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata:

Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam duduk bertinggung sambil makan kurma.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya Sahih Muslim – no: 2044.

Duduk bertinggung ialah duduk di atas kedua tapak kaki dengan kedua-dua kaki berlipat dan punggung tidak menjejak tanah.

[4] Jangan duduk bersandar dengan sebelah tangan.

Syirrid bin Suwaid radiallahu ‘anhu berkata:

Rasulullah melintas di hadapan aku sedang aku duduk seperti ini, iaitu saya bersandar kepada tangan kiri saya yang saya letakkan di belakang. Lalu baginda bersabda: Adakah engkau duduk sebagaimana duduknya orang-orang yang dimurkai ?

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, dinukil dan dinilai sahih oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin – no: 824.

[5] Jangan duduk bersandar.

Abu Juhaifah radiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

Jangan makan sambil bersandar.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan dinukil oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin – no: 746.

Yang dimaksudkan bersandar adalah seperti orang yang duduk miring ke lambungnya yang sebelah, sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang angkuh dan sombong. Cara duduk seperti ini ditegah oleh Rasulullah. Selain itu cara duduk sedemikian mengganggu kelancaran perjalanan makanan dalam badan, dari mulut ke perut. [Lihat Al-Alamah Ibnu ‘Allan: op. cit., 3/209].

Demikian beberapa petunjuk sunnah Nabawiyah dalam cara duduk. Selain itu dibolehkan duduk sepertimana kita duduk dalam solat, iaitu duduk di antara dua sujud dan duduk Tasyahud akhir.


SOALAN:

Apakah perkara sunat yg dilakukan rasulullah sebelum baca quran?



Jawab THTL:

Imam Nawawi dalam at-Tibyan fii hamalatil Qur'an menyenaraikan 20 perkara sunnat sebelum membaca alQur'an:

1. bersugi/berus gigi
2. bersuci/wudhu'
3. di tempat yg suci

4. menghadap kiblat
5. melihat musyhaf
6. membaca ta'awudz

7. membaca dgn tartil
8. membaca dgn qira'at yang tujuh
9. membaca dgn tertib (ikut susunan rasm uthmani)

10. membaguskan suara
11. tadabbur (penghayatan)
12. mengulang-ngulang bacaan

13. menangis
14. menghindari sikap yg kurang baik
15 apabila menemui ayat rahmat (memohon) atau ayat azab (mohon perlindungan)

16. ketika ada hajat (bersin dan menguap) hendaklah berhenti dgn tertib dan waqaf

17. sujud pada ayat sajdah
18. waktu yg tidak baik utk membaca al-Qur'an (dalam toilet)

19. adab khatam alQur'an
20. ketika menyentuh musyhaf (sebaiknya berwudhu')

Sabtu, 9 April 2011

SULTAN AGUNG YG MISKIN...

Sultan Salahuddin al-Ayyubi m'rupakan seorg tokoh agung pembesar Palestin. Namanya sntiasa harum mewangi dlm lipatan sejarah dgn kecintaannya kpd jihad dan kasih sayangnya kpd akhirat. Jiwanyalembut dgn perasaan belas kasihan yg tinggi, mjadikan beliau telalu disayangi seluruh rakyatnya sehingga disegani kawan dan digeruni lawan.

Dikisahkan ketika b'jihad, beliau sentisa membawa bersama sebuah peti. Ramai yg m'yangka peti itu mengandungi kilauan emas permata. Apabila beliau wafat, peti itu pun dibuka. Rupa-rupanya peti tersebut hanyalah mengandungi sehelai surat wasiat, sehelai kain kafan yg dibeli dgn titik peluhnya sendiri dan debu tanah yg dihimpun drpd setiap medan pertempuran jihad yg disertainya.Isi surat wasiat tersebut b'bunyi :

"Kafani aku dgn kain yg pernah dibasahi air zam-zam yg pernah m'ziarah makam kekasih
Allah yg ku cintai. Tanah ini pula m'rupakan sisa masa perang yg berusaha ku
himpun dari muka dan tubuh badanku ketika berjihad. Setelah kamu kafani daku
buatlah untukku alas kepala utk p'baringan dari debu tanah itu."


As-Sultan Salahuddin wafat pada usia 57 thn dan hanya tinggal harta berupa sehelai gamis usang dan wang sebanyak 1 dinar dan 47 dirham.

Selasa, 5 April 2011

SERUAN AZAN....



Azan mula disyariatkan di Madinah pada tahun pertama hijrah. Asal usul azan terkandung dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Mislim daripada Abdullah bin Umar r.a. dengan katanya yang bermaksud :
“ Semasa sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu solat dan tidak ada seorang pun yang menyeru untuk solat. Pada suatu hari mereka berbincang tentang hal itu. Berkata sebahagian daripada sahabat: ‘ Ambillah naqush(loceng) seperti naqush orang Nasrani(Kristian).’ Berkata sebahagian yang lain pula:’ (Ambillah) trompet seperti trompet orang Yahudi.”’
Lalu berkata Umar: “ Tidakkah kamu boleh melantik seorang lelaki untuk menyeru kepada sembahyang?” Bersabda Rasulullah s.a.w. : “Wahai Bilal, berdirilah dan serulah untuk solat.”
Hasil perbincangan tersebut terdapat beberapa cadangan seperti membunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang Nasrani, meniup trompet seperti penganut agama Yahudi, mengibarkan bendera sebagai tanda masuk waktu solat atau menyalakan api di atas bukit di mana orang yang melihat api akan hadir ke masjid untuk solat berjemaah….
Namun semua usul itu ditolak oleh Rasulullah s.a.w. kemudian Umar al-khattab mencadangkan supaya diteriakkan kuat-kuat lafaz, “ Telah datang waktu solat.” Cadangan Umar ini diterima oleh Baginda tetapi dengan sedikit modifikasi kepada “ Assalatu jami’ah “ yang bermaksud “ marilah solat berjemaah.”
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Zaid r.a., beliau bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki.
Abdullah: “ wahai hamba Allah, adakah kamu jual naqush itu?”
Pembawa loceng :” Apa yang akan engkau buat dengannya?”
Abdullah :” Dengan Naqush itu ,kami menyeru kepada solat.”
Pembawaloceng :” Mahukah aku tunjukkan yang lebih baik daripada itu?
Abdullah:” Ya.”
Pembawa loceng:” Kumandangkanlah “ Allahuakbar…….” (hingga akhir azan).
Keesokkannya, Abdullah bin zaid menceritakan kepada Rasulullah s.a.w. mengenai mimpinya.baginda bersabda yang bermaksud, :” Sesungguhnya mimipimu itu benar insya-Allah. Berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkan kepadanya apa yang engkau mimpikan itu. Hendaklah Bilal azan dengan apa yang diajarkan kepadanya kerana suaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau." Kemudian Abdullah bin zaid berdiri bersama Bilal lalu mengajarkannya lafaz azan tersebut,

Ketika Bilal hendak melaungkan azan, Umar Bin al_Khattab berkata " Demi yng telah mengutuskanmu dengan benar wahai Rasulullah, sesungguhnya aku bermimipi sepertimana yang dimimpikan olehnya(Abdullah bin Zaid)

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, Segala puji bagi Allah,"
Walaupun azan disyariatkan hasil mimpi Abdullah bin zaid yang kebetulan sama dengan Umar bin al-Khattab,azan bukanlah ciptaan atau cadangan manusia. Sebaliknya diperkuatkan lagi dengan wahyu.

al-Bazzar berkata, :" Nabi s.a.w pada malam israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujiuh. lalau dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi

Rabu, 9 Mac 2011

mukmin Yang Kuat



hadis Rasulullah umpama berlian yang jika dilihat dari apa sudut jua, pasti terdapat pengajaran amat bernilai yang dapat kita ambil darinya. Ayuh kita merenung dan mengkaji salah satu hadis yang saya maksudkan:
Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah. Pada setiap orang ada kebaikan maka bersungguh-sungguhlah mencari apa yang bermanfaat bagi kamu dan mohonlah pertolongan Allah serta jangan bersikap mengalah.
Jika kamu ditimpa oleh sesuatu maka janganlah berkata: “Seandainya aku berbuat demikian, tentu akan menjadi sekian-sekian” akan tetapi katakanlah: “Taqdir Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi”. Ini kerana perkataan “Seandainya” membuka pintu perbuatan syaitan.[Shahih Muslim, no: 4816]

Di antara pengajaran hadis ini:

Allah Mencintai Mukmin Yang Kuat.
Hadis ini dimulai dengan: Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah. Perkataan kuat di sini bererti kuat dari semua sudut, kuat dari sudut jasmani, kuat dari sudut ilmu, kuat dari sudut pemikiran dan kuat dari sudut jatidiri. Seorang mukmin yang memiliki jasmani, ilmu, pemikiran dan jatidiri yang kuat lebih dicintai oleh Allah dan lebih baik kepada Islam berbanding mukmin yang lemah dalam satu atau lebih dari ciri tersebut.

Justeru hadis ini menganjurkan kita untuk menjadi mukmin kuat, yang cemerlang dalam semua sudut. Islam tidak suka umatnya kuat dalam peperiksaan tetapi lemah dalam kesihatan. Islam tidak suka umatnya kuat dalam bersukan tetapi lemah dalam memikirkan strategi kehidupan. Islam tidak suka umatnya kuat dalam menghafal tetapi memiliki keyakinan diri yang rendah.
Oleh itu dalam rangka kita berusaha ke arah kecemerlangan, usahalah secara sama rata dalam semua sudut dan aspek. Jangan memberi fokus kepada satu dan mengabaikan yang lain.


Setiap Mukmin Memiliki Kekuatan Tersendiri.
Hadis ini diteruskan dengan: Pada setiap orang ada kebaikan maka bersungguh-sungguhlah mencari apa yang bermanfaat bagi kamu dan mohonlah pertolongan Allah. Ertinya, pada setiap individu terdapat kebaikan dan kelebihan yang Allah taqdirkan, yakni yang Allah “programkan” ke dalam dirinya. Maka dalam rangka kita berusaha ke arah kecemerlangan, kegagalan dalam satu bidang tidak bererti gagal secara keseluruhan. Sebaliknya bersungguh-sungguhlah mencuba bidang yang lain kerana pada setiap orang ada kebaikan. Tidak dilupai, sentiasalah berdoa kepada Allah dalam apa jua kecemerlangan yang diusahakan.
Hadis ini berbeza dengan sistem penilaian yang ada di negara kita. Di Malaysia, masyarakat mengukur cemerlang atau tidak seseorang berdasarkan keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Semua orang dianggap memiliki kebaikan yang sama sehingga semua orang dikenakan kaedah penilaian yang sama. Padahal orang yang lemah dalam peperiksaan mungkin cemerlang dalam bidang seni, teknikal, perniagaan, masakan, komunikasi dan sebagainya.
Justeru masyarakat, dimulai dengan hendaklah mengubah kaedah penilaian tahap kecemerlangan seseorang. Kecemerlangan itu pelbagai, maka janganlah disempitkan kepada satu sahaja.


Jangan Mengalah.
Rasulullah menekankan: “…serta jangan bersikap mengalah.” Islam tidak mengenal sikap mengalah. Apa yang dikenali dalam Islam ialah kepelbagaian strategi sehingga jika Plan A menemui jalan buntu, ia diubah ke Plan B. Jika Plan B menemui kesukaran, beralih ke Plan C dan demikianlah seterusnya.
Jika kita mengulangkaji sejarah Rasulullah, akan ditemui sikap baginda yang tidak mengalah. Apabila strategi menyebarkan Islam di Mekah menghadapi reaksi penindasan dari warga Mekah, baginda beralih ke Plan B dengan sebahagian dari umat Islam berhijrah ke Habsyah (Etophia) di Afrika. Apabila penindasan berterusan, baginda beralih ke Plan C dengan semua umat Islam berhijrah ke Madinah.


Tidak Pandang Ke Belakang.
Seterusnya hadis ini mengingatkan kita bahawa jika sesuatu usaha atau plan menemui jalan buntu, maka janganlah mengeluh, menyesal dan merungut dengan berkata: “Seandainya aku berbuat demikian, tentu akan menjadi sekian-sekian.” Ini adalah ucapan orang yang mengalah dan suka memandang ke belakang.
Sikap seorang mukmin yang kuat lagi cemerlang ialah dia memandang ke hadapan. Apabila satu usaha atau plan menemui jalan buntu, maka dia akan mengucapkan: “Taqdir Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi”. Seterusnya dia akan berfikir apakah langkah seterusnya, merencana Plan B dan mencari kejayaan yang baru.
Seorang mukmin hendaklah sedar bahawa segala langkahnya berada di bawah ilmu dan kehendak Allah. Jika dia berjaya maka itu sudah ditaqdirkan oleh Allah dan jika dia gagal maka itu sudah ditaqdirkan oleh Allah. Kita tidak dituntut untuk menyesali taqdir yang sudah berlaku, tetapi dituntut untuk mengetahui taqdir yang akan berlaku. Maka teruskan berusaha untuk mencari dan mengetahui taqdir seterusnya.
Apabila kegagalan disambut dengan ucapan: “Seandainya aku berbuat demikian, tentu akan menjadi sekian-sekian” , ia memberi isyarat tidak redha menerima taqdir Allah dan ini seterusnya menjadi pintu untuk syaitan menggoncang keimanan dan kefahaman seseorang tentang qadha dan qadar.
Demikianlah beberapa pengajaran penting dari hadis ini. Kefahaman dan penghayatan yang benar terhadap hadis ini akan menjadikan kita mukmin yang kuat lagi maju ke hadapan. Kelemahan dan kemunduran yang sedang kita hadapi sekarang ini disebabkan kebanyakan kita tidak tahu berkenaan hadis ini atau tidak mengamalkan pengajarannya.

SALAM BERKONGSI....:)
dikongsi dari http://hafizfirdaus.com...

Isnin, 28 Februari 2011

Akhlak Umpama Bunga...

Akhlak umpama bunga

Bila bercakap tentang sekuntum bunga mawar, bayangan indah, harum semerbak akan tergambar di benak kalangan kita. Mawar adalah sekuntm bunga yang bukan sahaja indah dan cantik, bahkan harum pula. Ramai yang sukakan bunga ini. Lelaki atau perempuan semua menyukainya. Cuma kekadang lelaki agak egois untuk mengakuinya. Biasalah…kan guys!
Dalam hidup bermasyarakat dan bersahabat, kita jadikanlah diri kita sebagai bunga yang disukai oleh semua orang. Bukan senang untuk mencuri hati semua orang. Lain manusia….lain pula perangainya. Tapi walauapapun manusia, mereka tetap mempunyai fitrah yang sama. Mungkin warna kulit tidak sama, citarasa berbeza tetapi fitrah mereka sama dan serupa.
Fitrah manusia sukakan akhlak yang mulia. Akhlak yang mulia umpama bunga mawar yang disukai setiap mata yang memandangnya.

Melihatnya sudah menyejukkan hati, bahkan kasih sayang pula ditebarkan seluasnya untuk dinikmati bersama. Akhlak mulia seperti selalu menghormati orang tua yang lemah, mengasihi kanak-kanak, menghargai kaum perempuan, tidak menyakitkan hati orang lain dan segala macam sifat mahmudah yang dijelmakan samaada secara zahir mahupun dalaman.
Akhlak dalam Islam mempunyai kedudukan yang tinggi. Akhlak termasuk dalam perkara-perkara yang asas dalam islam dan tidak dibenarkan berlakunya perselisihan pendapat yang berlaku padanya seperti wujud perselisihan pandangan dalam perkara ibadah dan sebagainya.

Akhlak diletakkan dalam keutamaan agama pada kedudukan yang kedua selepas soal akidah.
Bahkan tuhan sendiri dalam Al Quran, menyatakan bahawa tujuan Rasullulah diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak umat manusia. Memang dalam masyarakat pada fitrahnya adalah berakhlak mulia, tapi kedatangan Rasullulah adalah untuk menyempurnakan lagi dan memperkukuhkan lagi supaya selaras dengan fitrah Islam sendiri.

Bagaimana akhlak boleh lahir? Sekuntum bunga yang mekar lahir dari pohon yang subur dan sihat. Begitulah akhlak yang mulia; ia lahir daripada tapak IMAN kepada Allah yang kukuh. Rasullulah pernah menyatakan bahawa “ kamu tidak akan masuk syurga jika kamu tidak beriman, dan kamu tidak dikira beriman jika kamu tidak berkasih sayang…” ini menunjukkan wujud perkaitan antara iman dan akhlak. Jika iman itu baik, akan lahirlah akhlak yang baik. Begitulah jua yang berlaku sebaliknya. Akhlak ialah manifestasi dari keimanan yang teguh pada Allah.

Iman pada Allah ialah percaya bahawa Allah adalah tuhan dan kita adalah makhluk ciptaanNya. Semua manusia adalah sama disisi Allah. Dengan mengakui ketuhanan dan ketuanan Allah, secara automatik rasa bangga diri, ego, rasa hebat, menghina orang lain akan terhapus dengan sendiri. Bila rasa –rasa ini terhapus, rasa hormat, rasa kasih sayang, rasa bangga dengan orang lain akan datang dengan sendirinya.

Orang yang berakhlak mulia akan disukai oleh semua orang. Pandai mengambil hati orang lain sekalipun emosi sendiri terpaksa dikorbankan. Memang sukar untuk menjadikan kita disukai oleh orang. Cakap soal akhlak yang baik adalah senang, tapi bagaimana untuk berakhlak itu dalah susah.



Ruangan mahmudah akan menmpukan bagaimana untuk mengambil hati orang lain dan menjaga perhubungan anda sesama manusia dalam pelbagai keadaan. Dalam satu situasi mungkin anda ingin menegur rakan, dalam situasi lain, anda mahu rakan anda suka pada anda, anda mahu dihormati, anda mahu dihargai, juga mahu menghormati dan menghargai, atau mungkin ada ketika terdapat pertembungan antara kepentingan diri, atau perjuangan dengan menjaga hati sahabat atau masyarakat.
Justeru , tanamkan iman kepada allah dengan sepenuh kepercayaan, yakin dengan janji allah seperti ujian hidup,ajal maut, qada dan qadar.

Tanamkan bahawa ketaatan kepada allah adalah kunci akhlak yang mulia, patuhilah peraturan demi menjamin keamanan dan keharmonian yang kita idamkan. Sebagai mana kita ingin menjadi idaman seseorang, begitulah jua orang lain ingin menjadi idaman kita.

Sebagai mana kita tidak mahu menjadi kebencian orang, begitulah orang lain tidak mahu menjadi kebencian kita. Sebagai mana kita mahu disayangi, begitu jualah orang lain mahu disayangi.
Jika semua mahu disayangi… siapakah yang mahu menyayangi? Jika semua mahu dihormati… siapakah yang akan menghormati?

Isnin, 21 Februari 2011

Senyum....


1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2.Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3.Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4.Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6.Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7.Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8.Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9.Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12.Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14.Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

JOM SENYUM...:)

Sabtu, 12 Februari 2011

KENANGAN VALENTINE SEORANG MUJAHIDAH....

Aku lontarkan pandangan pada buih-buih putih. Buih demi buih. Ku alih pula pada ombak yang beralun, menghempas pantai. Setia, ombak dan pantai, bagai janji yang dipateri. Setiap masa ombak merindui pantai yang setia menanti.

Aku larikan pula bebola mataku pada camar yang berterbangan, sekali-sekala menyambar ikan-ikan kecil di laut, kemudian terbang bebas di angkasa. Ku usir pasir di kaki dengan hujung kasut, halus bersinar bila disinari matahari. Bebola yang bersinar lembut di ufuk timur menyenangkan. Ku berterima kasih pada redup pohon rhu yang menaungiku.

Kadang-kadang daun-daun kering berguguran menimpaku. Disapa pula bayu laut yang lembut, menenangkan. Sungguh, alam ciptaan Allah yang amat indah. Saling melengkapi. Pantai ini tidak pernah berubah, masih tetap cantik. Tidak teracun dengan pembangunan yang menggila, tetap setia menerima pengunjung.

5 tahun lalu, pantai ini sama seperti ini, yang bezanya peristiwa. Bezanya sejarah yang tak dapat diubah. Pantai ini pantai yang bernastolgia. Pantai ini berserakan dengan memori yang tak pernah aku cuba cantum. Biarlah ia begitu. Biarlah aku menikmati, mengutip memori demi memori, kemudian aku ketawa dan menangis. Pantai ini pantai yang bermakna. Pantai inilah yang merubah detik-detik sejarah hidupku. Memori yang tak akan ku padam sampai bila-bila. Biarlah ia sentiasa segar, sentiasa mekar. Sama seperti hari ini, di atas bongkah batu besar di bawah pohon rhu yang teduh, 5 tahun lalu, aku duduk di sini.

Sejak pagi lagi aku sudah berada di sini. Aku tunggang VR 125 sebelum menjamah sarapan pagi, membuatkan dahi mamaku berkerut. Pertanyaan mama ku biarkan tanpa jawapan. Hatiku pecah berderai, bagai kaca dihempas ke batu. Aku dapat rasakan hatiku bagai disiat-siat. Pedih. Sungguh pedih kekecewaan ini. Aku kemudiannya mengheret kakiku tanpa arah tujuan. Menyusuri pantai yang panjang. Aku cuba lontarkan kekecewaan ini ke tepi laut untuk melepaskannya, tapi aku tak mampu.

Masakan kasih yang dibina kukuh sebelum ini boleh ku lupakan begitu sahaja. Bolehkah janji sebelum ini dilupakan begitu sahaja??

Letih mengheret kaki menyusuri pantai, akhirnya aku memilih untuk duduk di atas sebongkah batu besar yang teduh diredupi sepohon rhu tua. Aku masih tidak dapat menerima apa yang sudah berlaku. Aku teresak-esak di atas bongkah batu bagaikan seorang kanak-kanak. Aku tenggelam dengan esakanku. Ajaibnya air mataku bagai tidak kering-kering mengalir membasahi pipiku yang sudah lencun. Aku teresak dan terus teresak sambil kutekupkan kedua tanganku di muka. Aku bagaikan berada di awang-awangan, dalam duniaku yang tersendiri. Aku terus hanyut. Hanyut dalam tangisanku.

“Assalamualaikum” Satu suara lembut memberi salam kedengaran dari sebelah kananku. Aku angkat mukaku. Kelihatan seorang gadis tersenyum memandangku. Aku kira dia tua sedikit daripadaku melihatkan wajahnya yang kelihatan matang. “Waalaikumussalam” Jawabku acuh tak acuh. “Boleh saya duduk?” Gadis itu memohon kebenaran untuk duduk di sebelahku. “Duduklah, lagipun bukan saya punya”. Aku masih acuh tak acuh. Lantas gadis itu duduk di sebelahku. Kemudian dia senyap, pandangannya di lontar jauh ke tengah laut.

Kemudian bibirnya seolah-olah menguntum senyum. Dia seolah-olah menikmati keindahan alam yang indah ini. “Cantikkan?” Gadis itu tiba-tiba bersuara setelah beberapa ketika mendiamkan diri. “Hmm?” Aku kurang jelas dengan soalannya. “Cantikkan alam ini? Ombak itu..” tunjuknya pada ombak yang beralun. “Alunan ombak seolah-olah menggambarkan hidup manusia, ada ketika gembira, ada ketikanya juga akan berduka. Ia sama, kerana keduanya akan terpampan pada pantai yang setia. Begitu juga manusia, duka itu akan ada akhirnya jua”. Aku tersentap. Gadis itu seolah-olah dapat membaca pemikiranku.

“Siapa awak ni?” Aku sangsi dengan kewujudan gadis ini. “Maafkan saya kerana terlupa memperkenalkan diri. Saya Izzah”. Dia tersenyum ikhlas sambil menghulurkan tangan. “Rieyn, Adrina” Tangannya ku sambut ragu-ragu. “Boleh kita sama-sama lalui ujian ini?” Dia tersenyum memandangku menyerlahkan keikhlasannya. Aku merenungnya tanpa kata. Aku tarik panjang nafasku kemudian ku lepas beransur-ansur.

Gadis ini bagaikan mengetahui apa yang bergolak di hatiku. “Luka di hati ini tak sama dengan luka fizikal. Luka fizikal dapat dirawat, tapi luka di hati ini terus begitu”. Ujarku lemah sambil menggigit bibir. Entah bagaimana aku mempercayai Izzah. Naluriku mengatakan dia gadis yang punyai prinsip. “Ujian bukannya untuk kita larikan diri, tetapi ujian adalah tarbiyah dari Allah, untuk kita lalui, kerana di sebalik ujian itu tersimpan sejuta hikmahnya”. Tenang Izzah menuturkan kata.

“Tapi hati ini terlalu kecewa. Hati ini bagai dirobek belati”. Aku menggagahkan diri untuk bersuara. Rasanya terlalu pedih untuk aku luahkan. Air mata kurasakan kembali bergenang. Perasaanku kembali bergelora bagaikan ombak di lautan. “Sebenarnya dah lama Izzah perhatikan Rieyn. Sejak Rieyn datang ke sini lagi. Izzah perhatikan Rieyn berjalan-jalan seorang diri di tepi pantai. Bila puas, Rieyn duduk kat batu ni kan?”. Izzah terangkan dengan jelas. Dan aku mula bercerita kepada Izzah.

Saya kenal Zamri setahun lalu. Dia boleh dikategorikan sebagai lelaki pilihan perempuan. Tinggi dan berwajah tampan. Orangnya juga bijak dalam pelajaran. Saya antara ramai wanita yang cuba mendampingi Zamri. Entah macam mana Zamri memilih saya sebagai temannya. Perhubungan saya dan Zamri mula intim dari hari ke hari. Tidak sah satu hari tanpa ber ‘sms’ dan telefon. Zamri seorang yang pandai mengambil hati. Dia selalu membeli hadiah untuk saya. Dia juga berjanji untuk menjaga saya sebaik mungkin. Kami digelar pasangan paling ideal di sekolah. Paling penting kami saling menyayangi. Pantai ini selalu menjadi saksi janji kami.

Saban minggu pantai ini menyambut kedatangan kami. Bersama kami melihat alunan ombak menghempas pantai lalu menghasilkan buih-buih putih. Juga kami berkejaran riang di gigi air mengutip kulit-kulit siput. Saya merasakan bahagia menyelubungi kami. Kami saling berjanji untuk sehidup semati. “Dalam usia semuda ini?” Izzah menyampuk ceritaku. “Ya, kami saling berjanji sehidup semati. Usia bukanlah penghalang kami. Kami mahu berjanji setia pada hari kekasih. Hari yang semua pasangan kekasih menyambutnya”. Sambungku. “14 Februari? Bukankah hari ini?” Izzah bagaikan tidak sabar. Tapi aku meneruskan ceritaku tanpa mempedulikan soalan Izzah.

14 Februari. Hari Valentine. Kami sudah berjanji untuk menyambutnya di sini. Di pantai yang indah ini. Tapi rupanya betullah kata orang-orang tua, kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Zamri gagal saya hubungi sejak minggu lepas. Telefon bimbitnya dimatikan. Saya tiada nombor telefon rumahnya. "Biar saya yang telefon awak." Dia selalu berkata begitu apabila saya meminta nombor telefon rumahnya. Dia telefon saya menggunakan telefon bimbitnya. Rumahnya juga tidak diberitahu kepada saya. Nanti tiba masanya saya akan tunjukkan. Dia menuturkan begitu apabila bertanyakan rumahnya. Tapi saya positif, mungkin dia tidak mahu diganggu.

Hingga ke hari inilah dia tidak dapat dihubungi. Dan kerana itulah saya di sini. Aku menamatkan ceritaku pada Izzah. “Saya mengerti perasaan awak. Setiap insan mempunyai fitrah untuk menyayangi dan disayangi”. Izzah berespon segera. “Tapi saya rasakan saya ditipu. Perasaan saya dipermain-mainkan”. Aku meluahkan perasaan yang bersarang di lubuk hati. “Rasulullah juga punyai perasaan menyayangi dan disayangi. Cintanya pada Khadijah, isteri Baginda tiada tolok bandingnya. Khadijahlah yang banyak menemani Baginda melalui ranjau perjuangan. Khadijahlah yang member perangsang kepada Baginda. Kasih sayang Khadijahlah menyelimuti hati Baginda tika keluh kesah”. Izzah pula bercerita.

“Betulkah begitu?” Aku menyoal kehairanan. Tidak pernah cerita ini diperdengarkan kepadaku. “Islam tidak menghalang kasih sayang. Buktinya ditunjukkan melalui Rasulullah s.a.w. Baginda menangis tika Khadijah meninggalkan alam ini. Sehinggakan tahun pemergian Khadijah digelar Tahun Berkabung. Kita boleh berkasih sayang tetapi jangan kita melanggar batas batasan agama kita”. Luncur Izzah menuturkan bicara.

“Islamlah cara hidup yang memenuhi fitrah manusia. Semua kehendak manusia dapat dipenuhi oleh Islam”. Izzah tersenyum memandangku. Hatiku terkesan dengan kata-kata Izzah tadi. Selama ini tiada orang yang berbicara topik ini denganku. Baba dan mama? Baba sibuk dengan politiknya. Lobi sana, lobi sini. Tabur duit sana, tabur duit sini. Wakil rakyat penggal depan sasarannya. Mama pula sibuk dengan persatuan wanitanya. Lawatan sana sini. Setiap hujung minggu ada aktiviti. Tinggallah aku keseorangan di rumah dengan Mak Cik Kiah, pembantu rumahku. Abangku di IPT. Adikku di sekolah berasrama penuh.

“Mahukah Rieyn bersama kami?” Izzah bersuara setelah melihat aku diam sejenak. “Awak buat apa kat sini sebenarnya? Awak datang dengan siapa lagi?” Aku inginkan kepastian. “Saya datang bersama kawan-kawan. Sebenarnya kami ada perkelahan. Kalau Rieyn nak sertai kami bolehlah. Kat hujung sana tu..” ujar Izzah sambil menunjukkan tapak perkhemahannya. “Boleh juga” Cepat aku menyatakan persetujuan. Aku sebenarnya ingin mengenali Izzah dengan lebih rapat. Gadis ini nampaknya punyai banyak keistimewaan.

Lantas aku telefon mama. Maklumkan aku tidak balik rumah malam ini. Mama diam tanpa kata. Bukan kali pertama aku tidur di luar. Lantas aku mengatur langkah-langkah mengikuti Izzah ke perkhemahannya. Alangkah terkejutnya aku, kesemua mereka bertudung labuh. Aku ingatkan Izzah seorang sahaja yang bertudung labuh dan berjubah. Satu fenomena baru bagiku. Sekumpulan gadis berjubah dan bertudung labuh berkelah! Setahu aku golongan seperti ini amat terbatas pergerakan. Jubah dan tudung labuh itu bagai memenjara fizikal dan mental. Namun hari ini anggapanku sebelum ini silap. Tudung labuh bukanlah membataskan aktiviti seharian. Bahkan mereka sangat peramah dan berlemah lembut.

Musyrifah, Husna dan ramai lagi menghulurkan salam ukhwah kepadaku. Aku jadi malu. Aku tidak bertudung! Aku pakai t-shirt! Aku berseluar jeans! Gaya ranggi wanita moden! Namun mereka tidak memandang aku lain dari mereka. Aku dilayan bagaikan seorang puteri. Ombak berderu menghempas pantai mematikan kenanganku.

Itu cerita 5 tahun lalu. Detik-detik yang merubah perjalanan hidupku. Tarikh yang ku ingati bukan kerana Valentine, yang kemudiannya baru aku dapat tahu umat Islam tidak menyambutnya kerana ia merupakan perayaan penganut Kristian untuk mengingati seorang paderi yang giat menyebarkan agama Kristian hingga ke akhir hayat.

Izzah tidak pernah mengerti erti putus putus asa dalam membimbingku ke jalan yang benar. Izzahlah yang mengajarku berjemaah. Mengajarku erti tadhiyyah dalam berjuang. Izzahlah yang mengajarku erti perjuangan. Izzahlah yang mencelikkan mataku terhadap penderitaan umat Islam di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Kaashmir. Juga di sini.

Aku melalui ujian yang mencabar tetapi inilah ganjaran untuk mereka yang memilih jalan ini. Aku dapat rasakan usiaku sepanjang perjuangan. Aku teringat kata-kata Syed Qutb, pejuang yang syahid di tali gantung. Katanya “orang yang hidup untuk perjuangan tidak akan merasa pendek dengan umurnya, kerana umurnya sepanjang perjuangan yang akan berterusan”.

Hari ini, di pantai ini aku memakai tudung hijau sutera Turki bercorak fauna berserta jubah juga berwarna hijau. Warna kesukaan Rasulullah. Tudung dan jubah ini sebenarnya hadiah dari Izzah sempena persahabatan kami pada saat pertama kali kami bertemu 5 tahun yang lalu. Lambang perjuangan katanya.

Buat Izzah, aku nukilkan kembali seuntai kata yang aku temui semasa menatap sebuah majalah. Mungkin penulisnya mendedikasikan buat kekasihnya, tapi tidak mengapa rasanya aku menukilkan buat sahabat seperjuangan.
Hari ini sekali lagi aku menitiskan air mata di pantai yang indah ini. Air mata kali ini bukanlah air mata yang sia-sia. Air mata buat sahabat seperjuangan yang pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Izzah pergi menemui Pencipta. Saban tahun aku pasti ke sini. Mengutip memori yang berserakan. Memori yang akan ku pastikan terus segar di hatiku. Izzah, pengorbananmu semulia namamu. Tinggallah aku meneruskan perjuangan…


P/S: cerpen pendek tok kongsi b'sama..moga dpt manfaat..( tak ingat ambil kt mne cerpen ni)..

Rabu, 9 Februari 2011

IBADAH AHLI SYURGA

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Nasa’i, Anas bin Malik menceritakan satu peristiwa yang dialaminya dalam sebuah majlis bersama Rasulullah s.a.w.

Satu hari sewaktu para sahabat duduk bersama Rasulullah s.a.w , baginda bersabda yang bermaksud:” sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang lelaki penghuni syurga.” Seketika kemudian muncul lelaki Ansar yang janggutnya basah
dengan air wuduknya. Dia mengikat kedua-dua sandalnya pada tangan sebelah kirinya.

Keesokan harinya, rasulullah s.a.w. mengulangi perkataan yang sama:” Akan datang seorang lelaki penghuni syurga” Dan muncul jua lelaki yang sama. Begitulah Nabi mengulangi sehingga 3 kali. Seusai majlis Rasulullah itu, Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a mengikuti lelaki yang disebut oleh Nabi itu. Beliau cuba mencari helah untuk tinggal bersamanya.

“Saya bertengkar dengan ayah saya, dan saya berjanji kepada ayah saya bahawa selama 3 hari saya tidak akan menemuinya. “ bolehkah kamu memberi tempat perlindungan kepada saya selama 3 hari itu.? Pinta Abdullah bin Amr bin al-Ash kepada lelaki itu.
Abdullah diizinkan oleh orang itu dan tidurlah dirumahnya selama 3 malam. Selama itu Abdullah ingin menyaksikan ibadah apakah yang dilakukan oleh orang itu sehingga dia dikhabarkan oleh rasulullah sebagai penghuni syurga. Tetapi selama itu juga dia tidak menyaksikan sesuatu yang istimewa dalam ibadahnya.

Kata Abdullah .” setelah 3 hari aku tidak melihat amalannya sehingga aku hampir-hampir meremehkan amalannya, lalu aku berkata.” Hai hamba Allah! Sebenarnya aku tidak bertengkar dengan ayahku dan tidak pula menjauhinya. Tetapi aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata tentang dirimu sampai 3 kali,” Akan datang seorang daripadamu seorang ahli syurga. Aku ingin memerhatikan amalan mu supaya aku dapat menirunya. Mudah-mudahan dengan amalan yang sama aku mencapai kedudukan mu.’ Berkata lelaki tersebut :’ Apa yang aku amalkan tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan.’

Ketika aku mahu pulang, dia memanggilku dan berkata. Demi Allah, amalku tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan itu.
Hanya aku tidak pernah menyimpan pada diriku niat yang buruk terhadap kaum Muslim, dan tidak pernah menyimpan rasa dengki terhadap kebaikan yang diberikan Allah kepada mereka.”

“ lalu aku berkata :’ Begitu bersihnya hatimu daripada perasaan buruk terhadap kaum muslim dan bersihnya hatimu daripada perasaan dengki, inilah yang menyebabkan engkau sampai ke tahap yang terpuji itu. Inilah yang kami tidak mampu lakukan.” ( Hayat al-Shahabah jil 2. Hlmn (520-521)

Hati yang tidak menyimpan dengki dan prasangka terhadap sesama Muslim pada zahirnya nampak sederhana. Namun di sisi Allah ia tinggi nilainya kerana ia adalah satu sifat terpuji.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...