Sana sini...

Khamis, 17 Mei 2012

Mana Yang Lebih Penting...

Assalamualaikum...Kita selalu berfikir " Mana yang lebih penting "dalam membuat sesuatu keputusan... Nak pilih yang mana ea.. mestilah kita buat keputusan yang dapat mencapai matlamat yang kita kehendaki..x gitu...
Saya terkenang satu kisah yang berlaku di Mesir dulu, ketika orang bertengkar tentang bilangan rakaat solat tarawih, ada yang kata 8 rakaat dan ade yang kata 20 rakaat. kemudian mereka merujuk kepada Imam Hassan Al-Banna dan syeikh berkata; "Kamu tak perlu solat tarawih kerana ia adalah perkara sunat, sedangkan kesatuan umat adalah wajib". (jika salah sila betulkan). begitulah ditunjukkan bahawa kita patut memilih yang wajib walaupun ia nampak kecil@mudah. Dan kadangkala kita tidak terfikir ia lebih penting.
seperti cerita diatas mereka sibuk bergaduh tentang perkara yang sunat sampai mengabaikan perkara yang wajib iaitu mengeratkan silaturrahim sesama islam.kadang-kadang manusia sanggup bermasam muka sesama mereka disebabkan hal yang kecil dan meninggalkan apa yang wajib mereka buat.
Mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib sebagaimana perintah Allah swt dalam ayat di bawah ini: “Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (Surah an-Nisaa’, ayat 1)
Mana yang lebih penting antara adat @agama..mestilah kita cakap agama..jika dilihat didalam masyarakat melayu ramai lagi yang mementingkan adat yang kadangkala bercanggah dengan agama.sebagai contoh dalam majlis perkahwinan, ramai yang melakukan persandingan..tidak salah jika mahu bersanding tetapi mestilah agama didahulukan..
bersanding bertujuan ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.
Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.
Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.
Kesimpulannya mana yang penting adalah tidak penting, yang penting apa yang kita buat adalah selari dengan kehendak islam. selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam dan yang wajib itu perlu didahulukan. wallahualam (srikandimujahidah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...